Mar 22, 2013

Jumaat? Saya suka!

*happy mode*

Pagi ini, saya dan suami sibuk menguruskan telur pindang
 untuk majlis perkahwinan anak buah.
Alhamdulillah, lebih 1000 biji dah dikeluarkan dari periuk, di'tos'kan, diatur dalam tray.
Fuhhh *berpeluh-peluh*

Kali ini, anak-anak tak terlibat sama.
Proses memasak telur pindang dibuat pertengahan minggu. Mereka sibuk bersekolah.

Waktu mencedok telur dan membuang daun-daun dari dalam periuk,
saya teringatkan anak-anak.
Alangkah bagusnya kalau mereka ada tadi.
Boleh tolong angkat dan susun telur.
Latihan yang bagus untuk Abil sebenarnya.
(mencedok, mengangkat, menyusun dan fokus ketika 'bekerja' ---> brain exercise)
Juga aktiviti yang bagus untuk praktis mendengar arahan dan berdisiplin.

**flashback sesi buat telur pindang dengan anak-anak: Oh! Telur Pindang
Nak tahu bahan-bahan untuk membuat telur pindang? Klik saja link di atas tu ye :)

Nampak senang tapi ia proses yang 'panjang',
terutamanya jika melibatkan jumlah telur yang BANYAK.
Telur perlu disusun selapis-selapis supaya tidak pecah dan masak rata.
Api juga tidak boleh terlalu kuat atau terlalu perlahan.
***Tk TukAyah atas tunjuk ajar dan tips.

Seeloknya, masak selama 2-3 hari
(supaya rasa, aroma dan warna daun-daun herba dan telur menjadi 'mesra' ).



Ok. Dah siap! biarkan airnya sejuk dulu, baru senang nak ceduk dan susun dalam tray.
Sekian kisah telur pindang. 

Oh ya, nak share juga, hasil seni comel oleh Zarif dan Abil.
Saya jadi supervisor dan mastermind. hehe

ok. Esok cuti sekolah dah mula!
*happy mode lagi dan lagi*




Jumpa lagi.

Hari ini hari Jumaat. Jangan lupa senyum dan sedekah. Mudah-mudahan barakah! :)



dari Instagram

No comments: