Mar 12, 2013

Blues hari Selasa

Saya sedar sejak kebelakangan ni, Zarif makin susah dikejut bangun pagi ke sekolah. Hmm..

Merengek. Merengek. Merengek. Hmm..

Biasanya saya kejut, angkat dan bukakan bajunya dan hantar dia ke tandas. Sepatutnya dia sudah boleh mandi dan uruskan diri sendiri. Tapi, dengan keadaan mata yang terpejam dan badan yang sengaja di'keras-kaku', mandi sendiri? M.i.s.s.i.o.n  I.m.p.o.s.s.i.b.l.e!

Grrrr (dalam hati)

Kadang-kadang nyaris juga terjebak dengan gangguan syaiton yang tak pernah give-up 'mencucuk' saya. Bila suara saya sudah mula meninggi, saya cuba relakskan diri. Istighfar..istighfar..*susahh wehh..

Pagi ni, seperti biasa, jam 6.35 (sedikit lewat dari biasa), kami bertolak dari rumah. Perjalanan ke sekolah Zarif (destinasi pertama) biasanya lebih kurang 10-12 minit. Hari ni, Zarif sempat tertidur dalam kereta.

Bila saya sudah mula membelok ke arah sekolahnya, Zarif dikejutkan.

"Adik, bangunnn..."
"Adik, dah sampai sekolah laa.." Kak Dina pula bersuara.
"Ngantukkk..ngantukk..Nak tidur kejap." jawabnya.
Erk~

"Adik, bangun. Nanti mak kena hantar kakak, abang pulak. Kalau nak tunggu adik tidur, pukul berapa pulak abang nak sampai sekolah." Saya cuba pujuk sambil goncang badan Zarif perlahan-lahan.

Dia mula bangun tapi masih merengek. "Adik ngantukkk. Ngantukkk...Nak tidur..."

Saya cuba buat macam biasa. Kesian..tapi hati sudah mula panasss huhu. Saya bukakan pintu dan keluarkan Zarif. Saya pimpin tangannya dan berjalan ke arah pintu pagar sekolah.

Sambil berjalan malas-malas, sambil dia merengek lagi dan lagi. "Adik, semua orang bangun pagi-pagi. Semua orang ngantuk. Habis tu, adik nak mak buat apa?" sambil kami terus berjalan dan saya sedaya upaya cuba mengawal suara. Zarif hanya diam. Tak menjawab.

Lebih kurang 20-25 langkah dari kereta ke pintu pagar sekolah, saya pun serahkan beg sekolah Zarif. Bila saya pusing untuk bersalaman, memang nampak mukanya mengantuk. Marah? Tidaklah. Macam saya katakan tadi, k.e.s.i.a.n. Tapi saya tak ada pilihan, saya harus juga turunkan Zarif sebab kakak dan abang juga perlu dihantar ke sekolah. Ya, sekolah mereka lain-lain tapi sekolah kak Dina hanya berdepan dengan sekolah Zarif. Sekolah Abil saja yang jauh sedikit.

"Adik ngantuk ma.." Zarif dengan muka sedihnya.
"Tak apa, mak dah hembus mata adik. Nanti tak ngantuk lagi. Go good boy." dan saya peluk dia lama-lama sebelum saya pergi semula ke kereta.

Alhamdulillah, saya berjaya kawal emosi saya hari ini. Esok lusa belum tahu lagi. Jangan la ada episod 'blues' lagi...Amiin.

psst, malam ni kena hembus-hembus Ya Latiff pada Zarif supaya esok mudah bangun pagi dan ceria ke sekolah. Oh ya, lepas isya', kena terus suruh dia tidur!




dari google


Ok kawan-kawan, jangan blues, hokay. Senyum sokmo!


No comments: