Mar 1, 2013

Kizsports & Gym!

Dah agak lama saya berjanji nak kongsikan kisah anak-anak ke sini, sejak entri yang ini.

Janji dicapati ditepati. hehe

Sekali lagi, ini entri yang sudah hampir outdated. 
Kami ke Kizsports & Gym (KSG) lebih kurang 2-3 minggu yang lepas.

Mula-mula, saya paparkan kadar bayaran untuk anak-anak yang nak masuk ke KSG ni.
Zaman sekarang ni, mana ada yang free kan?

Kalau nak play area yang best & free, silalah ke IKEA.
Hmm, kami pun dah lama tak menjengah ke Smaland di IKEA.
Setiap kali berpeluang ke IKEA, mesti ia sesak dengan manusia.
Memang idokle kami ke Smaland.

Selingan: Baca tentang outing kami ke IKEA di sini dan sini.

Ok. dah melalut pasal IKEA lak ni. haha

Berbalik kisah KSG, seperti biasa, anak-anak suka.
Ada slide besar, boleh panjat, merangkak, berlari, melompat. Macam-macamlah.
Pendekata, KSG ialah indoor playground yang selesa. Saiznya tidaklah sebesar mana. Sederhana saja.
Puas jugalah anak-anak bermain 2-3 jam.

Info lokasi, program-program di Kizsports dan sebagainya, sila ke sini ---> kizsports.com
Info caj bayaran masuk, sila lihat di bawah.

Caj bayaran masuk tiada had masa bermain. Mainlah sampai lebam. hehe
Tetapi, untuk Drop N' Shop (tengok di dalam gambar di bawah),
bayaran adalah mengikut kiraan jam anak-anak berada di KSG.





Ok. Jom tengok kak Dina, Abil dan Zarif berjimba di KSG :)))









Tengoklah Abil, bukan main rileks dia turun slide. hehe




Nampak Zarif tak?





Kolam bebola ni untuk budak2 kenit sebenarnya. Tapi anak-anak saya 'perasan' kenit haha.
Abil tak berminat. Lebih baik dia layan slide (katanya). hehe



Mini rock climbing




Di KSG, ada dijual minuman dan makanan ringan serta kawasan rehat
(berasingan dari play area) untuk berehat.

Dah penat turun naik slide, panjat, berguling, bergayut bagai, mereka take a break.



Minum air dan makan popcorn (Abil's favourite).



Oh ya, berkali-kali juga mereka ke tandas yang comel ini. hehe




Selesa. Cukup kemudahan. Cukup kelengkapan bermain.
Anak-anak berpeluh-peluh main.
Seronok.
Badan sihat. Bagus untuk sensori juga.
Saya dan suami 'berjanggut' tunggu di tepi. hehe

Oh ya, untuk bermain di KSG, kena pakai stokin sepanjang masa
(termasuk ibubapa yang menunggu).

Sekian, Salam Jumaat.

S.M.I.L.E!




dari facebook

2 comments:

shogun_na said...

This is FUN...n SUPERWOW too...
Kna msuk dlm list...

syida said...

sila sila ina, masuk dalam wishlist hehe :)