Mar 18, 2013

Oh! Ahad (episod 2)

Oh! Ahad

Kami ke sini semalam (gambar di bawah).
Mulanya, selepas zohor, hujan agak lebat.
Kak Dina dan Zarif hampir-hampir frust
sebab plan nak berbasikal di sini terpaksa dibatalkan.
Alhamdulillah, hujan berhenti selepas Asar.
Suka sangattt lah budak berdua tu. hehe


Pagi-pagi Ahad lagi mereka dah cuci basikal (yang penuh habuk dan sawang).
So, anda boleh imagine la kan, betapa seronoknya dorang bila dapat berbasikal kat taman.
(Mereka jarang berbasikal di rumah sebab kawasan yang agak terhad dan saya larang mereka berbasikal di jalan raya).



Jenuh mak nak kejar. Fuhh..
Mana Abil?(gambar di bawah)
 Tu..dengan bodyguard kat sebelah.hehe


Mulanya semua ok. Lepas 30m, rantai basikal Abil asyik 'lari' saja.
Asal Abil kayuh laju-laju, rantai basikalnya buat hal.
Alahaiii siannya..


Akhirnya, basikal kena tarik dengan bodyguard. hehe
Kita jalan kaki jelah Abil..



Sampai satu kawasan lapang, masing-masing excited cari pokok semalu.
Anak-anak saya memang suka pokok 'malu-malu'. Saya pernah cerita tentangnya di SINI.
Berebut-rebut mereka nak sentuh. hehe


Ok. Cerita dah habis.
Hari ni dah hari Isnin.
Positif selalu & Jumpa lagi :))


dari facebook

4 comments:

Amri dan Aishah said...

saya pula sejak kecil agak takut dengan duri semalu sbb pernah luka bila terkena kaki...huhu

syida said...

Aishah, alahaii mesti sakit kena duri semalu..anak2 saya so far takde pengalaman pahit dengan pokok semalu comel tu. Itu yang dorang suka sangattt.harap2 takde la insiden terkena duri, dsbnya..

shaza said...

apsal mak nye tak kejar naik beskal jugak? hehehe...

syida said...

maknya takde beskal shaza..hahaha..kalau maknya ada beskal, of course I rempits dulu..champion! haha