Mar 13, 2013

Syoknya ke Masjid

dari google

Bila Abil ke Masjid

Sabtu lepas, kami berpeluang singgah ke Masjid Al-Istiqamah di Taman Johor Jaya, JB.
Cantik masjidnya. Bersih pulak tu. Alhamdulillah.
Masjidnya agak baru. Mungkin ini salah satu faktor ia cantik dan bersih.
Bagaimanapun, saya harap pihak pengurusan masjid dan orang awam (yang mengunjungi masjid) akan sama-sama maintain kebersihan dan kecantikan masjid.

Masjid yang cantik dan bersih adalah sangat selesa.
Bila masjid selesa, ramai yang suka datang.
Bila ramai yang datang, meriahlah masjid, betul tak?

Ok, ini dua beradik yang excited 'bersukaria' di masjid.


Ruang solat wanita.


Selesai solat Asar, hujan lebat di luar.
Sambil tunggu hujan reda, sambil posing-posing bergambar. hehe



"Setiap satu langkah (ke masjid), menghapuskan satu dosa kecil yang pernah dilakukan
dan dinaikkan satu darjat..." (HR Muslim)
Sekian.

No comments: