Apr 24, 2013

Autisme: Tahukah Anda? (episod 3)


Ok. satu lagi ciri individu Autisme: Tidak bermain dengan orang lain
(dari kalendar usahasama Guardian(M) dan Nasom) 


Antara cabaran utama mereka (individu autisme); bersosial dan berkomunikasi.
Jadi, mereka biasanya suka menyendiri dan tidak bermain dengan orang lain.

Dalam sesetengah kes, mereka mungkin 'ingin' bergaul, tetapi tak tahu bagaimana untuk bermula. Oleh itu, kalau anda berada hampir dengan mana2 individu autisme (kanak-kanak atau dewasa), anda harus mengambil inisiatif untuk memulakannya dahulu. Mereka mungkin nampak malu/segan atau sombong, hakikatnya tidak.  Apa pun, jangan terlalu memaksa mereka. FYI, untuk mereka berada di dalam kelompok kawan-kawan atau orang ramai saja sebenarnya adalah satu progress.

Sentiasalah bersangka baik dan cuba memahami ciri-ciri ini.  Sebenarnya, individu tipikal (bukan autisme) pun ada yang suka berseorangan dan buat hal sendiri, kan? Apa yang penting, kita perlu menerima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan orang lain secara positif.  

oh ya, ada juga individu autisme yang friendly. Tetapi, cara mereka berkomunikasi dan bergaul selalunya agak 'luar biasa' dan janggal. Ingat, individu autisme sangat 'lurus'. Mereka tidak boleh/sukar memahami body language dan bahasa berkias.

Anyway, tips bergaul dengan individu autisme (atau sesiapa saja) ialah bersangka baik. Keep positive!


dari twitter


Abil? Dia memang tak begitu 'sosial'. Tapi dia tiada masalah untuk beraktiviti di dalam kumpulan. Bagaimanapun, biasanya dia perlu dibantu (walaupun sekadar dari jauh). Apa yang saya perhatikan, mood sosial Abil bergantung kepada 'aura' orang-orang di sekelilingnya. Kalau dia merasa selesa, dia boleh saja bermain dan berkomunikasi bersama (mengikut caranya yang tersendiri). Jika tidak, dia hanya akan duduk diam dan menyendiri. Dengan kak Dina dan Zarif pun begitu, Abil biasanya akan menunggu inisiatif kak Dina dan Zarif sebelum melakukan sesuatu bersama-sama.

Walaupun Abil agak 'lambat' dalam aspek komunikasi dan sosial, dia sebenarnya seorang yang easy going dan selalu happy. Alhamdulillah :)




Bergayut: aktiviti kegemaran Abil :)

Dah hampir penghujung April.


Bagi kami, everyday is Autism Awareness Day!

Ok. Take care!

Be good. Be kind. Be happy. 

No comments: