Apr 1, 2013

Cerita tentang Betto

Masih ingat pada Betto? (bukan Beto Kusyairy) hehe

Tak ingat? Klik pada link di bawah:

Oh! Betto
Oh! Betto (episod 2)

Apa khabar Betto?
Alhamdulillah. Sihat. Seperti biasa, masih nakal.
Suka selongkar bakul sampah, suka menyepah dan koyak-koyakkan tisu,
suka kacau saya solat. haha
Memang nakal. Macam karenah anak-anak kecil.
Kadang-kadang saya sabar. Hilang sabar, saya jentik telinganya. hehe

Satu lagi habit-nya yang agak adventurous ialah; memanjat.
Suka panjat. Pandai panjat. Tapi TAK pandai turun. Grrrrr~

Tengok ajelah pada visual-visual di bawah;
Panjat pokok. Panjat pintu grill. Panjat rail langsir.Panjat tingkap.

Tak reti takut.










Perangai Betto ni sesekali mengingatkan saya pada Abil (masa kecik-kecik dulu). Tak reti takut, tak faham makna bahaya. Dia akan panjat, berlari dan lompat ikut suka (hati) dia. Longkang kecik atau besar, tembok/pagar tinggi atau rendah, jalanraya sibuk dan banyak kereta, dia tak peduli. Puas diberitahu, selalu juga dimarahi. Tapi, Abil tetap 'redah' aje. Mengajar anak autisme/hiperaktif maksud 'bahaya' memang sukar. Perkataan 'bahaya' itu sendiri sangat subjektif. Alhamdulillah, semakin Abil dewasa, tabiat 'tak kenal bahaya' ini semakin berkurangan. Sesekali, masih ada (tapi terkawal).

Maksud 'bahaya' lebih mudah difahami bila Abil sudah faham tentang rasa 'sakit', 'luka', 'jatuh' dan 'berdarah'. Bagaimana kami ajar Abil? Setiap kali ada insiden atau accident, kami beritahu dan ulang berkali-kali istilah-istilah yang berkaitan dan kaitkan dengan perbuatan bahaya yang telah dilakukan. Kadang-kadang, kami tunjukkan gambar-gambar dalam buku, majalah atau suratkhabar untuk meningkatkan kefahaman Abil tentang 'bahaya'.

Apa pun, memang kena sentiasa usaha, doa dan bertawakal, minta dijauhkan daripada insiden atau accident yang terlalu serius.

Ok. Back to Betto, selain memanjat, dia juga suka melintas jalan sesedap rasa. Tak serik-serik! *risau*

psst, baca tulisan rakan saya tentang April: Bulan Kesedaran Autisme. Klik & baca tau!

Terima kasih :)))

No comments: