Apr 11, 2013

Hadiah hari Rabu



Semalam, masuk saja ke dalam kereta, inilah hadiah yang Abil hulurkan pada saya. Kertas nama itu elok bertampal di dada T-shirt pengakapnya. Saya tergamam sekejap. Hadiah? Menang apa?

Oleh kerana saya sedang memandu dan sekadar mengambil Abil di pintu pagar sekolah, saya hanya sempat bertanya dengan cik PPM (pembantu pengurusan murid) yang menghantar Abil ke kereta.

"Hadiah apa tu?"
"Hadiah kuiz kak..." kata cik PPM sambil tersenyum.
Saya pun sama senyum meleret dan terus memandu sebaik saja Abil melangkah masuk.

"Abil menang hadiah ye? Menang kuiz ye?" sambil saya menjeling pada kotak hadiahnya. Ada kertas bernombor 2. Mungkin menang tempat kedua ni (bercakap dalam hati).
Abil hanya menyengih. Seperti biasa, tak ada jawapan. Sengih saja. hehe

"Abil menang kuiz apa?" Saya teruskan bertanya. As expected, sengih lagi. hehe
Takpe, esok boleh tanya pada cikgunya (bercakap lagi dalam hati).

Di rumah, Zarif yang sibuk buka hadiah Abil. Bila kakak balik dari sekolah, Zarif sibuk bercerita dengan kakak. Semua tumpang suka sambil tepuk-tepuk bahu Abil. "Menang kuiz apa?" Masing-masing tertanya-tanya.

Pagi ini, oleh kerana saya hanya drop-kan saja Abil di pintu pagar sekolah, saya tanya pada cikgunya melalui sms.  Alkisahnya, Abil menang kuiz Bahasa Melayu. Ada empat kumpulan semuanya. Kumpulan Abil menang tempat kedua. "Dia ada jawab soalan ke?" soal saya pada cikgu (dengan penuh musykil). "Ada juga. Dia tulis jawapan atas kertas." jawapan yang cukup menyenangkan hati dan buat saya tersenyum lebar sepanjang hari. Alhamdulillah. Seterusnya, saya sempat minta cikgu buat kuiz selalu. hehe

Kemenangan Abil ni hanyalah pada pertandingan berskala kecil, bertanding sesama kawan-kawan Pendidikan Khas. Tapi, pada saya, ia sangat bagus dan boleh dijadikan motivasi kepada Abil untuk terus melibatkan diri dan berinteraksi dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah.

Abil 'tak kisah'kan hadiahnya. Bila ditanya, dia hanya senyum sengih. Tapi saya tahu, dalam hatinya, sure ada rasa bangga dan puas hati dengan pencapaian dirinya. Pencapaian yang 'kecil' tapi sangat bermakna. Senyum sengihnya itu pun, penuh MAKNA tau :)




dari twitter


ok. Senyum selalu!



dari facebook

2 comments:

shaza said...

tahniah abil... mesti maknye jugak hati berbunga2 sepanjang hari... :D

syida said...

tq shaza, dlm hatiku ada bunga rafflesia.haha