Apr 10, 2013

Lari.Lari.Lari!

Hari ni hari apa Abil? "Selasa!" cukup pantas dan confident dia menjawab, tapi salah! haha
Rabu lah..(saya betulkan jawapannya). Selasa adalah hari 'kegemaran' Abil, atau (mungkin) ia hari yang paling diingatinya berbanding hari-hari lain. Memang setiap hari adalah hari Selasa (bagi Abil).

Saya pula suka hari Rabu, pertengahan minggu. Rabu bermakna hari Khamis dan Jumaat hampir tiba dan weekend semakin hampir. I like! hehe

Walaupun hari ni hari Rabu, saya nak cerita pasal hari Ahad. Ahad yang lalu. Tak ada apa yang special pun. Sekadar outing Ahad yang mana anak-anak saya sakan berlari!

Oh ya, Abil suka berlari. Sejak kecil, sampai hari ini. Sekarang mungkin dia sudah agak slow berbanding dulu. Dulu, dia berlari setiap saat. Sekarang, dia berlari bila perlu atau apabila kena pada tempat dan masanya.

Kalau dulu, memang penat kami nak kejar dia. Sekarang, tak perlu kejar lagi. Sekadar panggil dan dia akan berhenti dan buat apa yang disuruh. Alhamdulillah. Kalaulah ada peluang untuk train Abil berlari dan mengasah skill ini, memang sangat bagus. Setakat ini, belum lagi. Saya sendiri masih belum pasti apakah potensi dan kelebihan Abil. Berlari adalah antara aktiviti yang disukainya. Saya lihat laju juga dia berlari, samada ia cukup laju untuk diketengahkan, wallahua'lam.

FYI, setiap anak autisme mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mereka biasanya mempunyai minat tertentu yang boleh diketengahkan dan dimanipulasi secara positif untuk membantu mereka belajar tentang pelbagai perkara dan melalui proses berdikari dengan baik.

Ok.dah panjang saya bercerita. Jom tengok anak-anak saya berlari! :)








Ayahnya pun champion berlari juga.hehe



Ok. dah penat. siap golek-golek lagi atas padang.


Abil terduduk sambil renung awan. hehe


Dari padang, kami ke pet shop pula. Julung-julung kali nak jumpa pet shop kepunyaan bumiputera. Dekat pula dengan rumah kami. Nama dan lokasi kedai; Fish N Pet, Taman Putera (berdekatan Giant Southern City).


Sempat posing dalam kedai.hehe


Sempat juga beli pasir (cat litter) untuk kucing-kucing kami.
Jadi ahli kedai Fish N Pet, dapat diskaun 10%. yeayy


Ok. cerita hari Ahad dah habis. Back to  Rabu.
Saya harus berhenti dulu.
Jumpa lagi :)


kredit: Instagram

4 comments:

Ibu Lala said...

Hari cuti ni mmg syok spend masa dgn anak anak kan.

syida said...

O yes, memang syiok! hehe

Lina said...

cerita pasal lari-hari ni pun Ina berlari bersungguh2 dalam airport mengejar adik yg nak ke Oman. Dah macam drama2-syukur sempat jumpe walaupun tak smpai seminit pun dengan usaha mengejar yg hampir setengah jam.

selamat berkenalan dari Ina.

syida said...

budak2 ni kalau berlari, mmg tak cukup kaki kita nak mengejar. Pantang leka sesaat, dorang dah ilang ntah ke mana. Memang kena sentiasa alert..

Salam berkenalan Ina :)