May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu!

Khamis. 16 Mei.
Gembira!

Syukur Alhamdulillah. Berjumpa lagi dengan Khamis. Esok dah Jumaat. Suka!

Ada apa dengan Khamis, 16 Mei? 
Hari menghargai jasa guru-guru kita, yang rasmi dan 'tak rasmi'. hehe

Saya teringat pada perbualan saya dengan Zarif kelmarin...

Zarif: Ma, tadi kat sekolah cikgu panggil kitorang 'anak-anak' dalam kelas..
Saya: Oh ya? cikgu cakap macamana?
Zarif: Cikgu kata, 'anak-anak cikgu'..kenapa cikgu panggil anak-anak, cikgu tu bukan orang yang beranakkan adik.. (dengan muka hairan. haha)
Saya: (Tergelak besar) hahahahaha... Memang la dia tak beranakkan adik. Yang mengandung, lahirkan adik ialah mak.
Zarif: Habis tu? Boleh ke?
Saya: Boleh laa..apa salahnya..Bagus la kalau cikgu tu panggil adik anak-anak. Anak murid dia kan? macam anak sendiri jugak lah (tersenyum).
Zarif: Ooooo anak murid. Baru adik faham (muka puas hati.hehe)

Sekian.

Terima Kasih cikgu.

Selamat Hari Guru!

imej google

2 comments:

Amri dan Aishah said...

saya pun adakalanya panggil anak murid (menengah) dengan panggilan 'anak2'.

syida said...

aishah, murid tusyen saya pun saya suka panggil 'anak2'..lebih mesra gituuu ;)