Jul 9, 2013

Tren ke Utara


Cuti sekolah bulan Jun. Kami naik keretapi lagi.
Ke mana? Balik kampung di utara.

JB-KL, naik kereta.
KL-Penang, naik Air asia.
Penang-KL,naik keretapi.
Sempat juga naik feri di Penang sebelum balik ke KL.
Air-udara-darat, pakej lengkap! hehe

Saya kongsikan sebahagian visual yang sempat diambil.

Sepetang di Gurney Drive.
Cantik. Nyaman. Subhanalllah.




Pemandangan waktu maghrib di Gurney Drive.


Atas feri.

Tak puas sebenarnya berada di Penang.
Terasa dikejar, mengejar dan terkejar-kejar dek masa.
Yang pastinya, penang sangat sesak dan traffic jam dimana-mana. sigh

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan sepanjang kami bermusafir.
Menunggu, menahan lapar, menahan 'panggilan alam' (ke tandas). Penat. Macam-macam.
Abil berjaya bersabar throughout the journey. Fuhh

Bermusafir menaiki kenderaan awam dengan anak autisme bukan senang.
Sedangkan travel dengan anak-anak bukan autisme pun adakalanya cukup mencabar.
Mujurlah, pendedahan dan pengalaman sebelum ini banyak membantu kami.
Abil belajar, kami juga belajar.



Jam 11 malam, kami naik tren di Butterworth.
Walaupun sudah kepenatan,15-30 minit pertama, anak-anak cukup teruja.
Turun naik katil atas dan bawah berkali-kali.
Ulang alik ke tandas juga berkali-kali.
Berebut-rebut mahu tidur di katil situ dan sini.


Walaupun masing-masing over-excited, syukur tak ada episod drama swasta.
Semuanya 'tenang-tenang' aje. hehe


Abil teruja dalam 'diam'.
Tak bersuara,
tapi ekspresi muka dan behaviour-nya sangat jelas menunjukkan dia suka naik tren.
Muka berkerut (dalam gambar) sebab kena 'paksa' tidur. hehe




Saya dan suami terpaksa menahan ngantuk 
sehinggalah kami benar-benar pasti yang Abil sudah lena.
Lewat juga Abil tidur. 
Dalam gelap, dia masih memandang ke luar tingkap semasa tren sudah bertolak.
Kalau tak silap, hampir jam 1 pagi baru Abil tertidur. Zzzz...


Esok, 1 Ramadhan.
Bagaimana agaknya kisah Abil dan anak-anak saya berpuasa (versi 1434)?
Baca kisah yang lepas di sini dan sini.


Jangan lupa niat puasa.
Paling penting, jangan tinggal solat :)

Ramadhan Kareem!

3 comments:

dak-eiza said...

seronok ek naik tren
x penah try lg, takat komuter, LRT ade le hihi

salam ramadhan syidah

Amri dan Aishah said...

Abil sentiasa dipegang (dalam gambar)
=)

Selamat berpuasa buat kak syahidah sekeluarga

syida said...

dak-eiza,
haruss la menerai naik tren KTM at least sekali hehe..anak2 saya mmg enjoy..kalo boleh nak naik selalu..maknya & ayahnya yg tak larat hehe

Aishah,
Selamat berpuasa utk awak sefamili.

Abil mmg dipegang pada kebanyakan masa, walaupun skrang dah kurang berpegang berbanding dulu..dah boleh percaya dah kalo dilepaskan jalan sendirian tapi kena hati2 juga sbb anak autisme ni selalunya 'unpredictable' :)