Apr 30, 2014

Oh! Wishlist

Tarikh kejadian: sekitar November 2013.
Ya, lama betul saya 'peram' gambar-gambar ni.

Lokasi kejadian: Grand Lexis, Port Dickson.
Lama juga GL ni 'terperuk' dalam wishlist percutian saya.
Akhirnya, sampai juga. Alhamdulillah.

Masa nak booking, saya confused.
Di Grand Lexis ni, memang semua jenis bilik ada private pool.
Tapi saiz pool berbeza ikut saiz bilik dan harganya.
Setelah penat google dan baca review sana sini, akhirnya saya pilih bilik jenis Sky Pool Villa.

Waktu booking, saya masih agak kabur dengan saiz pool.
Cadangnya, biarlah saiznya tak terlalu kecil untuk anak-anak saya 'berkubang'. hehe
Saya pilih Sky Pool Villa pun sebab ia sesuai dengan bajet kami.
Bila dah tengok sendiri bilik dan pool secara live, kami puas hati. Syukur.









Alang-alang dah ada pool yang sangat privasi, kami memang pulun main air puas-puas.
Sampai kecut. haha








3 hari 2 malam.
Entah berapa ratus kali anak-anak saya lompat, terjun, gimnastik bagai dalam pool. hehe
Mood Abil pun bagusss je sepanjang percutian.
Memang berbaloi.

Tapi, anak-anak masih tak puas. Nak datang lagi.
Ok. Kita masukkan semula dalam wishlist ya :)



Mode cuti hari buruh sudah ON.

Sekian.

2 comments:

Cik Sal said...

saya pon teringin nak pergi... tap i bila tengok harganya... nmpak gayanya kena kumpul bajet lebih sikitlah tuk inap di sini... :)
tak pa, pelan2 ada rezeki lebih dapatlah rasa inap di sini...

syida said...

silakan menabung cik Sal, memang boleh pengsan tengok harganya..tpi sesekali reward diri sendiri & famili, memang berbaloi :)