May 16, 2014

Bila tenang, bila moody



Assalamualaikum :)


Sejak beberapa hari ni, Abil agak kerap buat word search puzzle

Buat dengan rileks dan happy.
FYI, dia baru saja pandai cari sendiri perkataan-perkataan dalam puzzle box tu.
Sebelum ni, Abil selalu stres kalau diajak buat aktiviti word search
Susah. Mungkin itu tanggapan Abil.
Sukar nak fokus, banyak sangat abjad, bercelaru, pening.

Anak saya bermasalah pembelajaran. Saya faham.
Persepsi Abil tak sama dengan persepsi saya.
Senang untuk saya, tak semudah itu  untuk dia.

Puas juga saya pujuk Abil buat word search yang saya print dari internet.
Dia hanya akan buat kalau saya beri hint kedudukan perkataan.
No guide, Abil tak nak buat.

Penat 'memaksa', saya hentikan sekejap aktiviti ni.
Hampir dua, tiga bulan juga aktiviti ni di-KIV-kan.
Akhirnya, saya cuba pula buat word search puzzle sendiri.
Tulisan tangan. Cari perkataan-perkataan yang familiar untuk Abil.
Apa?
Nama-nama 25 Rasul (dia suka sangat lagu nasyid Raihan yang ini).
 Nama-nama karakter Disney movie, game Ipad, ,nama ahli  keluarga dan banyak lagi.

Surprisingly, dia terus boleh fokus dan cari sendiri setiap perkataan. Wahh :)
So sekarang, sudah boleh cari perkataan-perkataan lain; 
haiwan, serangga, nama negeri dan macam-macam lagi. Alhamdulillah

Word search puzzle yang saya beri Abil, masih yang  agak senang.
Perkataan yang tersembunyi secara melintang dan menegak, insyaAllah takde masalah.
Perkataan yang menyerong (diagonal), masih agak susah untuk Abil cari.
Tahap kesabaran dan fokusnya masih perlu diperbaiki.

 Tak apalah, sekurang-kurangnya sekarang dia sudah boleh buat aktiviti ini dengan tenang.
Goodbye tantrum. hehe




Oh ya, bercakap pasal tantrum ni, ia datang dan pergi.

Contohnya, cuba anda bezakan keadaan dua tulisan di dalam gambar-gambar ini 
(atas dan bawah).

Mesti boleh teka keadaan Abil semasa menulis kan? hehe



Tengok tulisan aje pun dah boleh agak, 
tak payahlah tengok keadaan penulisnya time moody tu. 
Pengsan! hehe


No comments: