May 13, 2014

Besut Oh! besut

Dari Selatan ke Pantai Timur (bersambung)

Nak cerita tentang homestay kami di Besut.
Besar, bersih, berbaloi! hehe

Ia banglo seunit yang dipisahkan dengan pintu kayu di tengah-tengah 
(rujuk gambar di bawah).
Unit hadapan ada ruang tamu, 3 bilik tidur (2 bilik dengan attached bathroom).
1 tandas (sharing). 1 dapur 
(lengkap dengan meja makan, perkakas memasak dan dapur gas, mesin basuh).
Perfect!

Unit di belakang pula sama seperti di atas, kecuali ia ada tambahan 1 bilik
(so total 4 bilik tidur, 2 daripadanya dengan attached bathroom).
Memang selesa.







Saya hanya sempat snap salah 1 daripada sejumlah 7 bilik tidur yang ada.
Ada bilik besar, ada bilik kecil.
Paling minima ada 2 katil single
Bilik paling besar ada 2 katil queen atau 1 katil queen dan 1 double decker 
(single & twin, seperti dalam gambar).


Ada apa di Besut? Macam-macam.
Keropok, sata, nasi dagang, pantai dan BANYAK lagi. hehe

Berapa rate penginapan?
Silalah contact owner-nya seperti di atas ye :)


Oh ya, budak hensem (dalam gambar ni) dah sambut birthday yang ke-8 
pada 11/5/14 yang lepas.

Alhamdulillah, sihat badannya. Cerdas akalnya. Cantik akhlaknya.
Setiap anak dikurniakan dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Syukur ya Allah atas segala kemudahan yang telah Kau berikan pada Nurhan Zarif.
Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh. Amiin!

(psst, itu gambar Zarif semasa kami bercuti di Sentosa Villa Taiping, sekitar 3 bulan lepas,
tunggu review-nya ya!)

Jumpa lagi :)

2 comments:

Unknown said...

Luasnya....mmg puas hati kalau besar dan kelengkapan yg sediakan seperti ini...

-ina-

syahida said...

Alhamdulillah..mmg selesa betul homestay ni.highly recommended :)