Jul 4, 2014

Menu Berbuka?

Pagi-pagi dah pening pikir menu berbuka ya? haha

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ni tak reti masak. Setakat jadi, assistant chef dan tukang kemas dapur tu boleh sangat lah. Tapi hari-hari, memang saya la mastermind menu berbuka. So menu berbuka memang 'masalah negara' untuk saya.

Kenapa yang 'masalah negara' sangat ni? haha

Anak-anak saya lain-lain selera. Abil terutamanya, agak memilih. Orang kata, picky eater. Kalau boleh hari-hari dia nak makan ayam goreng (geng upin ipin). Kalau ikan, dia paling suka siakap goreng atau masak stim. Lain-lain dia tak berapa berkenan. Selain nasi, dia suka juga makan bihun, spageti dan mee. Kuetiow memang dia tak makan. Menu Abil biasanya yang berasaskan sup atau goreng-gorengan. Abil masih boleh terima kari. Tapi kalau pedas-pedas sangat, dia tak nak.

Jenuh juga nak variasikan menu ikut selera masing-masing. Letih juga nak fikir menu yang sesuai untuk semua orang. Mujurlah sekarang Zarif dah pandai makan pedas.  Senanglah sikit...

Hari pertama: Nasi ayam
Hari kedua: Pulut + ayam rendang
Hari ketiga: Nasi tomato
Hari keempat: Nasi lemak kukus + ayam goreng
Hari kelima: (belum lagi sebab ini scheduled post ;p)

Hmmm...nak masak apa lagi ni. Tolongggg...

Apa kata survey?

Moh le kita jenguk-jenguk cari idea kat blog resepi incik Mat Gebu ni. Jom!



gambar google




No comments: