Jul 4, 2014

Merancang Syawal

"Adik tak sabar la nak raya...."

Hamboih dik, puasa baru nak cecah seminggu. Dah fikir raya? haha

Saya faham, Zarif dah mula terasa cabaran berpuasa. Tak apa dik, sikitttt lagi. Time flies. Sedar tak sedar nanti, dah pun 1Syawal, dan kita menangis pula sebab Ramadhan dah nak pergi.

Bercakap tentang 1Syawal, tak sah kalau tak bercerita pasal balik kampung, kan?

Seingat saya, dua tiga tahun kebelakangan, kami balik kampung (ke utara) menaiki kapal terbang.  Suami saya tak sanggup meredah traffic jam di highway yang sangat teruk di musim raya. Perjalanan yang hanya 3-4jam boleh berpanjangan jadi 6-7jam. Perjalanan 7-8jam pula berlarutan jadi 10-12 jam. Allah..




gambar raya tahun lepas, kami ber-firefly ke utara


Bagaimanapun, tahun ini, insyaAllah kami akan berkereta sahaja. Tak ada lagi close-up pemandangan awan. Tak dapat juga tengok muka excited Abil setiap kali naik aeroplane

Risau sebenarnya. Sekarang ni, belum musim raya pun, kenderaan dah beratur atas jalan. Kadang-kadang, travel pada waktu odd hours pun, tak banyak membantu. Semua orang pun fikir dan rancang perjalanan sama macam kita. Oh traffic jam!

Apa pun, kita doa sajalah. Mudah-mudahan perjalanan balik kampung dipermudahkan. Semoga selamat pergi dan balik bermusafir, insyaAllah. Biar lambat, asal selamat, insyaAllah.

Rancang balik kampung elok-elok ok. Pakat-pakat secara aman :)



2 comments:

shogun_na said...

Mudah2 berjayalah utk tidak menjadi 'anonymous'...

This year balik Perlis? Ina x kot, this yr turn balik Lenggeng, then bru balik Raub..

Yelah, bila mengenangkan traffic jam tu...nak nangesss...huhuhu.. Selamat bermusafir nanti...

syida said...

InsyaAllah kami balik perlis ina..sbb makLang pakLang mmg everyear nak raya sana. so kami kenalah menyusul..mmg nak nangess mikirkan jam tu..tolongggg