Jul 5, 2014

Mata Zombie

gambar google

Sayalah yang sedang bermata zombie ketika ini. Conjunctivitis.

Semuanya bermula apabila kak Dina balik dari asrama, setelah dapat mc sebab sakit mata. Katanya, dah jadi semacam 'wabak' di sekolah. Setiap hari ada saja yang dijangkiti.

Saya tolong titiskan ubat mata untuknya. Sejak semalam, matanya dah beransur baik. Giliran mata saya pula dijangkiti. Allah...

Memang tak selesa. Pedih. Mata berair. Gatal.

Nak buka mata pun seksa. Bangun malam untuk ke bilik air pun dah macam orang buta. Meraba-raba dengan mata pejam. Dugaan.

Pagi ini saya google tentang conjunctivitis. Jumpa INI.

Ini bukan pengalaman mata zombie yang pertama untuk saya. Masa kecik-kecik dulu pun pernah juga kena. Orang kata, penawar tradisinya, air susu ibu (wallahualam). Titis saja pada mata. Dulu-dulu memang pernah cuba. Sekarang ni, tak ada pulak ibu menyusu yang ada dekat-dekat dengan saya. haha

Saya doakan ahli keluarga saya yang lain, terutamanya anak-anak, tak kena sakit mata zombie ni. Amiin..

Bak kata Zarif "Kesiannn ma, kesiaaaann ma..." bila tengok air mata saya dok meleleh tak berhenti. Bukan menangis. Memang simptom conjunctivitis begitu. huhu

Korang semua jaga kesihatan ok. Tuhan baru tarik satu nikmat dan saya sudah cukup terasa kepayahannya. Allah..

Harap-harap sakit mata ni tak boleh berjangkit melalui skrin komputer. haha

Wassalam.




2 comments:

shogun_na said...

pernah jgk kena, plg lama 2 ari...due to contact lens dah kotor atau sebaliknya. Betul2 sakit mata sbb conjunctivitis ni ada lah 2 3 thn yg lps la...

Merenyam2 gatalnya...so, kak Dina dah ok?

syida said...

kak Dina alhamdulillah dah ok..sabtu lepas dah dihantar balik asrama (dalam keterpaksaan haha).. hoho mmg sangat merenyam2 gatalnya..tak tahan den