Jul 6, 2014

Belajar Mengurus Diri


Gambar di atas adalah set baju yang Abil pilih sebelum dia mandi waktu pagi semalam.

Sekarang, dia sudah pandai ambil dan pilih baju sendiri. Setiap kali selepas dia memilih, laci pakaiannya akan jadi seperti baru lepas kena 'ribut taufan'. hehe

Nampak gayanya, saya kena cari jalan supaya baju-bajunya tak perlu dilipat, sekadar digantung pada hanger saja dalam almari pakaian. Rasanya ini akan lebih memudahkan Abil untuk memilih dan saya pula tak perlulah susah-susah melipat dan mengemas semula lacinya akibat 'ribut taufan', betul tak?

Kemahiran ini baru saja dia kuasai, sekitar awal tahun ni.  Alhamdulillah, bukan senang untuk mengajar satu-satu kemahiran pada anak autisme. Ini pun berlaku secara tak langsung sebenarnya.  Selalunya saya yang akan sediakan set pakaiannya setiap pagi/petang atau tengahari, selepas dia balik dari sekolah. Satu hari, saya terlupa. Lantas, sambil mengamuk-ngamuk (sebab 'rutin' sudah terganggu), dia berlari ke biliknya dan terus pilih sendiri bajunya. 

Sejak hari itu, saya biarkan dia urus sendiri pakaian yang mahu dipakai selepas mandi.  Yang menariknya, setiap baju atau seluar (seluar track adalah 'seluar rasmi' abil) ada pasangannya masing-masing. Kalau baju atau seluar yang ada dalam lacinya, tidak matching seperti kehendaknya, habislahh. Dia akan membebel-bebel dalam 'bahasa german' sambil merengek atau menangis.


Tapi kami dah faham, biarkan saja. Nanti pandailah dia senyap dan pujuk diri sendiri. haha

Sesekali kena berdepan juga dengan perubahan. Tak bolehlah rigid sangat, betul tak?

Selain dah pandai pilih baju, Abil juga sudah pandai...

....mandi sendiri (tapi kena dipantau, kalau tak, setiap kali mandi, habis sebotol sabun/syampu *huhu*)
....rutin tandas (kalau buang air besar, bab istinja' masih kena berbantu. Abil diaper-free sejak umur 4tahun)
....wudhu (pun kena pantau juga sebab dia selalu nak cepat. Kalau buat tanpa pengawasan, dia basuh muka kemudian terus basuh kaki haha)

Cara Abil belajar, melalui arahan dan role modelling.

Sebaiknya, untuk anak autisme, visual aids digunakan. Gambar-gambar atau arahan bertulis (untuk yang boleh membaca) ditampal di dinding supaya mereka senang faham dan rujuk bila-bila masa.

Tapi, saya belum rajin untuk membuat visual aids. huhu


contoh visual aid (dari google)



Saya doakan semoga Allah terus beri kemudahan untuk Abil belajar dan akhirnya pandai berdikari.
Amiin.

kongsi dari facebook


Salam Ramadhan :)


No comments: