Jul 2, 2014

Menu Sahur?

Sepanjang bulan Ramadhan, ramai ibu-ibu yang pening kepala memikirkan menu berbuka dan sahur.
Ada yang masak lebih untuk berbuka, kemudian reheat saja baki berbuka untuk dimakan time sahur.
Ada yang suka makan roti saja.
Ramai juga yang makan cereal atau oat.
Yang bangun sekadar mengunyah kurma dan minum air pun ada.
Jangan tak bangun sahur sudahla kan? Terjejas stamina berpuasa nanti.

Menu keluarga saya? 'Wajib' nasi. huhu
Saya tinggal bersama mak ayah mertua dan mereka memang tak boleh miss makan nasi di waktu sahur.
Maka, nasi pun menu saya jugalah. hehe

Lauk pauk sahur biasanya yang simple-simple aje.
Ikan masin, telur, sayur air, sambal, ikan bilis, ayam goreng.

Bagi anda-anda yang boleh lari daripada selera 'tekak melayu',
mungkin boleh cuba cadangan menu sahur ini (klik link di bawah):

27 Foods To Eat at Sahoor

Menariknya tentang cadangan menu di atas ialah, ia menu yang mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu anda kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Menunya ala-ala macam gambar di bawah :)





**semua imej dari google

Saya rasa ia menu yang sangat menarik.
Simple. Delicious. Nutritious.
(eceh)

Kalau saya bersahur sorang-sorang, memang saya buat, insyAllah.
Tapi memandangkan selera ahli-ahli keluarga yang lain tak 'adventurous' sangat.
Saya simpan dulu hasrat ni. Bila-bila nanti boleh cuba untuk breakfast. hehe




gambar google

Yang menariknya, hampir separuh daripada menu yang dicadangkan (di atas) mengandungi pisang.


Kenapa pisang? 
Pisang ni bagus. 
Masa saya belajar di UK dulu, mat-mat salleh memang makan pisang & minum susu/jus je for lunch.
Khasiat pisang? Baca SINI.

Paling penting semasa sahur, jangan lupa minum sekurang-kurangnya DUA gelas air kosong.

Oh ya, anda buat apa lepas sahur? Tidur?
Hujung-hujung minggu memang sangat tempting untuk tidur lepas sahur, kan?

Tapi TAK bagussss. erk~

Bahaya Tidur Selepas Makan Sahur

So, apa menu sahur anda? :)



2 comments:

Unknown said...

Kiteorang pun akan makan nasi time sahur...tp time berbuka...setakat ni, 2kali je makan nasi...tp nasi himpit...yang lain2 tu mkn kuih smpai sendat...

syida said...

pulun makan kuih ya..baguslah..rumah saya tak berapa makan kuih sangat..so biasanya utk berbuka pun makan nasi :)