Jul 1, 2014

Puasa ke?

Sebelum menulis entri ini, sengaja saya 'gali' entri-entri terdahulu berkenaan pengalaman anak-anak berpuasa. Entri INI buat saya tersenyum lebar :)))

Tahun ini, setakat semalam (hari ke-2 berpuasa), Abil dan Zarif sama-sama berpuasa penuh. Saya tak risau sangat dengan Zarif. Dia sudah mumayyiz, dah boleh bezakan yang mana baik dan buruk, tahu yang mana bersih dan kotor, faham yang mana betul dan salah, insyaAllah.

Abil? Sudah 11 tahun, tapi masih belum mumayyiz. Tapi, disebabkan faktor umurnya yang semakin meningkat, seboleh-bolehnya saya tak mahu Abil 'tercicir'. Untung ada Zarif, boleh train Abil sama-sama.

Solat dan puasa. Alhamdulillah, setakat ini Abil boleh follow. Belum sempurna, banyak lagi kena polish, but he has come a long wayyy. Allahuakbar

Apa yang saya nampak, Abil makin faham makna berpuasa. Tak boleh makan dan minum di waktu siang, sehinggalah azan maghrib.  Bermula dengan hanya puasa beberapa jam, kemudian separuh hari, kemudian tiga perempat hari dan seterusnya sejak umurnya 7 tahun, saya sangat sangat sangat sangat sangat bersyukur dengan pencapaian Abil setakat ini. Anak-anak lain jauh lebih hebat. Tapi saya tahu, Abil dalam 'liga'nya sendiri, competing his own self.

"Nak oreo."
"Nak nasi."
"Pergi makan."
"Nak kfc."
"Tembikai!"

Dialog-dialog ni masih ada. Kadang-kadang dia merengek sambil menangis. Tapi sekejap-sekejap ajelah. Bila saya sebut "kena tunggu azan maghrib", "tak boleh makan sekarang, Abil puasa", dia diam sambil buat muka sedih. Kesian..hehe

Kalau dulu, siap bangun ke dapur, buka fridge, cari tin biskut sana sini. Sekarang, dia cuma memerap dalam bilik dan layan diri sendiri.  Hari pertama berpuasa, memang kami kawal Abil dengan rapi, walaupun semua tin-tin biskut dah disorokkan. Saya tak plan pun nak suruh Abil berpuasa hingga maghrib (pada hari pertama dan kedua), tapi sebab saya tengok dia masih steady walaupun dah melepasi waktu Asar, lebih baik 'jalan' terusss, betul tak?

Kelmarin, waktu dia lihat saya bungkuskan buah tembikai potong ke dalam bekas untuk dibekalkan pada kak Dina pun, dia masih tenang. Tak meroyan. hehe (saya rasa nak tepuk tangan kuat-kuat sambil lompat bintang sebab self control-nya yang sangat bagus. Tapi saya tepuk tangan dalam hati jelah. hehe)

Setakat ni, karenah Abil berpuasa sangat manageable. Alhamdulillah

Layan karenah anak bukan autisme lagi penat kot. haha ( kalau saya nak cerita pasal Zarif, tak habis-habis entri ni nanti ;p)

Yang best-nya, Abil ni jenis tak kisah langsung pasal air. Ada dua botol air masak dalam bilik kami, tapi dia tak heran.  Bab minum memang setakat ini, dia takde masalah. Biskut oreo je yang dia 'pantang tengok'.

Satu lagi, saya hanya akan panggil Abil ke dapur bila azan maghrib dah berkumandang. Senang. Tak payah lah dia susah-susah nak bersabar tengok makanan depan mata sambil tunggu masuk waktu berbuka puasa. Bagus untuk elakkan 'drama'. hehe
Sekian, itu je nak cerita. Anak anda berpuasa macamana, ok?

Puasa elok-elok, solat jangan lupa. Selamat beramal :)





dari google





No comments: