Nov 18, 2014

Senyum Tanda Sihat


(Gambar di atas) Abil pada sesi terapi mingguannya pagi ini.

Senyum, ketawa, segar, sihat wal-afiat, selepas lebih kurang seminggu terlantar sakit.
Ya, betul-betul 'terlantar'. Kesian Abil. Sungguh 'azab' saya melihatnya terlantar begitu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dah lama Abil tak sakit kuat macam tempohari.
Biasanya, demam sehari dua, kebah. Panas badan 24jam, esoknya segar.

Kali ini, memang demam kuat 4-5hari, lengkap dengan pakej muntah-muntah dan loya selama 3-4hari. Hari keenam, demam mula beransur hilang tapi badannya masih lemah. Keluar pula ruam-ruam merah. Genap seminggu, ruam-ruam mula hilang, demam sudah tiada 100% dan Abil sudah mula tersenyum semula. Ya Allah, nikmatnya melihat senyuman itu. Alhamdulillah :)

Bila Abil demam, sejak-sejak dah masuk fasa pra-remaja ni, karenahnya agak terkawal.

Dia tidak merengek atau menangis. Cuma terbaring, diam. Hampir tak dengar dia bersuara. Bila suhu badannya naik terlalu tinggi, saya arahkan dia mandi, dia mandi (walaupun waktu itu pukul 2-3pagi). Disuruh makan ubat, dia patuh (walaupun selepas itu dia muntah semula ataupun terbatuk-batuk menahan rasa loya).  Disuruh makan, makan juga beberapa suap sebelum dia menolak lembut tangan saya (menandakan dia sudah tak lalu makan lagi).

Hari kedua demam, kami bawa Abil ke klinik. Kebetulan stok ubat demam di rumah sudah habis. Doktor menyebut juga kemungkinan denggi, tapi agak sukar untuk mengambil darah Abil untuk dikaji punca demamnya. Doktor mengalah, katanya tunggu lagi sehari dua, sambil mencadangkan Abil mula mengambil antibiotik.

Dua hari berikutnya, nampak sedikit progress apabila antibiotik sudah mula diberi pada Abil.  Muntah-muntah tiada lagi.  Dia juga sudah boleh bangun dan bergerak sedikit-sedikit, tidaklah terbaring saja seperti dua hari pertama demam.  Tapi dia masih kelihatan lemah dan selera makannya masih kurang.

Masuk hari kelima, demamnya menjadi 'kuat' semula. Setiap 4jam ubat demam diberi untuk mengawal suhu badan dan mengurangkan sakit. Saya jadi bertambah risau. Saya sangat takut dengan kemungkinan denggi. Bila disuruh minum 100plus, Abil menolak. Kami beri dia tembikai merah, hanya sikit saja dimakannya.

Akhirnya, suami cadangkan supplemen Transfer Factor (TF). Selepas lebih kurang biji kapsul TF ditelan (pada 3x pengambilan), demam Abil beransur kebah. Ruam mula keluar tapi dia sudah kembali 'bersuara' dan berselera makan. Leganya Ya Allah..

Hari ini, masih ada sedikit lagi ruam-ruam merah di kaki Abil.  Tapi Abil sudah cergas, mukanya kembali 'bercahaya' dan selera makannya macam orang tak makan 2 hari.haha

Simptom-simptom Abil ketika demam tempohari sebenarnya sangat ada persamaan dengan mak mertua saya, ketika diserang denggi sekitar 5-6bulan lepas. Benar-benar denggikah? Wallahualam...

Apapun, alhamdulillah, Abil serasi dengan TF. Harap Abil dan anak-anak yang lain terus sihat, insyaAllah.

**psst, ini bukan iklan TF. Nak info lanjut, sila google sendiri ;p

Yang pastinya, sihat selepas sakit, priceless! #syukur

Oh ya, kalau anak-anak atau ahli keluarga demam kuat, 3 hari atau lebih. Jangan tunggu ya, lekas-lekas ke doktor. Seeloknya buat blood test. huhu

Saya harap sangat yang Abil akan dapat overcome rasa takutnya bila diperiksa oleh doktor. Setakat tengok-tengok, suluh-suluh anak tekak dan mulut tu, boleh lagi. Diperiksa dada dan badan dengan stetoskop pun Abil masih ok. Tapi kalau nampak jarum, ya ampunnn, memang kami tak mampu nak buat apa-apa, melainkan dia 'dipengsankan'.






He who has health, has everything. ~Thomas Carlyle

No comments: