Dec 18, 2014

Rezeki Jumaat

Pakcik makcik, kakak-kakak, adik, abang;

Saya nak berkongsi rasa gembira..

Esok insyaAllah anak-anak kucing comel ini, akan dihantar ke rumah tuan baru mereka. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya setelah beberapa minggu saya menahan rasa sedih dan simpati pada anak-anak kucing jalanan ini (gambar bawah). Pak mertua saya dan kadangkala saya sendiri, beri mereka makan. Mereka berteduh di atas kotak sampah di belakang restoren.  Berpanas dan berhujan sehari-hari.  Daripada sejumlah 5 ekor, akhirnya tinggal 4. Entah apa nasib yang seekor lagi.

Saya tak mampu nak bawa balik ke rumah kerana kuota anak bulus di rumah sudah lebih dari cukup, 8 ekor semuanya. Selain itu, saya perlu hormat permintaan ahli keluarga yang lain (walaupun dengan hati yang berat).


Mencari dan menyerahkan kucing-kucing jalanan ke rumah baru dan tuan baru, bukanlah satu perkara mudah.  Kadang-kadang, ada yang menawarkan diri. Selalunya, ramai yang tak berani.

Saya faham. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membela atau mengambil kucing-kucing jalanan ini.  Apa pun, saya percaya pada rezeki Allah. Niat yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan. Bagaimanapun, ada masanya timbul juga rasa takut dan was-was setiap kali saya berusaha menyelamat dan mencari 'keluarga' baru untuk kucing-kucing jalanan.  Saya hanya mampu berdoa dan berdoa.

Setiap kali menyerahkan kucing jalanan yang saya bantu kepada tuan baru mereka, saya pastikan saya memilih calon yang betul.  Memang setiap mereka yang berminat akan 'ditapis' dan di-interview sewajarnya. hehe *mengalahkan nak pilih calon menantu haha*

Setakat ini, Allah jumpakan saya dengan calon yang sesuai. Alhamdulillah...Allahuakbar.

Tak ada perkara mudah dalam dunia ni. Nak buat baik pun, banyak cabarannya. Pernah juga kucing yang saya serahkan pada adopter, dipulangkan semula. Bila kucing jalanan yang diselamatkan tidak ada yang sanggup membela, rumah sayalah rumah baru mereka. Sejumlah 8 ekor (yang saya kutip) ini pun dah macam-macam ragam, karenah dan masalah yang timbul.  Saya kagum dengan rescuer tegar haiwan jalanan yang sanggup berkorban apa saja.

Bak kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi,  daripada bersusah-susah membuat kejahatan, lebih baik bersusah-susah membuat kebaikan kerana walaupun susah berbuat baik, Allah naikkan darjat kita. Sebaliknya kalau bersusah-susah berbuat jahat, orang tak suka, Allah lagi murka. 

Mudah-mudahan urusan kali ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.  Semoga berbahagia comel-comelku.

Salam Jumaat. Jom Al-Kahfi :)

#pesanankhidmatmasyarakat
#janganbuangkucingdipasar
#janganbuangkucingdikedaimakan
#marahtuankucingjanganbuangkucing
#kembirilebihbaik
#kembiriuntukkemaslahatanummah



2 comments:

::EIDA:: said...

yg depan tu comel! okay lah ade orang nak belaaaa.. ;))

syida said...

alhamdulillah..latest update, semua bahagia dengan adopter kecuali seekor yang hilang sblm adopter sempat dijumpai dan seekor lagi mati dalam keadaan baik & penuh kasih syg di rumah barunya..Allah sebaik2 perancang