Dec 18, 2014

Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat


Sekadar berkongsi info dari buku yang saya baca malam tadi. Tulisan oleh encik Zaid Mohamad. Bagus buku ni :)

Kasih Sayang Tanpa Syarat (sedikit ringkasan dari Bab 1, halaman 36).

Dua aspek berkasih sayang tanpa syarat.

Pertama, membanding-bandingkan prestasi anak-anak dengan diri mereka sendiri, bukannya orang lain.

Saya fikir, kita sebagai ibubapa cenderung membandingkan anak-anak dengan orang lain, bukan diri mereka sendiri. Bak kata penulis, ia tidak adil untuk anak-anak. Bayangkan apabila kita sendiri dibandingkan dengan orang lain, sudah tentu ia memedihkan, menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan dan kebencian. Anak-anak tidak terkecuali.

Menurut ZM, jika perlu membuat perbandingan, bandingkan pencapaian terkini anak-anak dengan pencapaian mereka yang lalu.  Bukan saja ia perbandingan yang adil, malah ia boleh memberi motivasi untuk mereka melakukan yang lebih baik lagi.

Kedua, mengiktiraf, menerima, menghormati dan memasukkan segala kekuatan dan kelemahan anak-anak dalam membuat pelan tindakan bersama anda.

Melibatkan anak-anak dalam membuat perancangan keluarga secara tidak langsung boleh memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli keluarga. Anak-anak juga akan rasa lebih dihargai.


dari facebook




6 comments:

Puteri said...

point yg pertama tu memang ketara dengan anak perempuan saya, umur 5 tahun. paling dia tak suka bila banding dengan orang lain :)

Salam kenal...Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)

syida said...

Puteri, tq sudi singgah sini..salam ukhwah :)

kent said...

Assalammualaikum Syida,
Alhamdullilah, Syukur kpd Allah SWT krn saya mempunyai suami yang berkerja di Perpustakaan. Saya selalu dpt buku-buku yg bagus seperti buku ni. Dan Syukur juga apa yg disarankan dlm buku ni mmg kami dah amalkan cuma terlebih keras kot heheehe, buku ni ada diplomasi.

syida said...

wsalam,

alhamdulillah..rezki kent, senang la nak cari/pinjam/baca buku..

buku en zaid mohamad ni mmg penuh diplomasi hehe

kent said...

saya ni suka sgt dgn buku dan library, sampai bersuamikan org library. Tp tang baca tu, sedih jgk bila masa sentiasa x ckp, buku yg dibelipun ada yg masih x sempat nak tgk. - saya buat library sendiri kat rumah. Rasa bahagia bila tgk buku hari2. :)

Aniey Yusoff said...

Nak cari jgk la buku ni. Jgn tak terbaca sudah hihi..
Thanks berkongsi info :)