Dec 15, 2014

Tak lama lagi...

"Tinggal dua Ahad je lagi, ma.." keluh kak Dina semalam.
"Kita tak jalan-jalan pergi bercuti mana-mana lagi ke, ma?" soal Zarif pula bertubi-tubi.

Agaknya kalau Abil pun pandai susun skrip, dia pun akan tanya soalan-soalan yang lebih kurang sama. Pokoknya, cuti dah nak habis, berbaki lebih kurang dua minggu saja lagi dan anak-anak pula masih mahu ke mana-mana destinasi. Alahaiii...

"Kita pergi Angry Bird Park la ma.." kak Dina beri cadangan.
Taman Tema (indoor) ini baru dibuka tahun ini di Komtar JBCC.  Saya pernah juga google tentang tempat ini. Ada review bagus, ada review yang tak berapa nak bagus. 

imej google


Legoland Water Park.  
Yang ini pula memang dah dalam wishlist anak-anak sejak ia mula dibuka tahun lepas.  Kebetulan, annual pass kami untuk ke Legoland Theme Park sudah tamat sejak awal tahun ini. Kemudian, kak Dina pula masuk sekolah asrama. Langsung annual pass itu tak diperbaharui. Sejak awal tahun, memang kami tak ke Legoland lagi.
imej google

Di hujung-hujung cuti ni, kalau nak bawa anak-anak berjalan, rasanya memang kami akan ke lokasi-lokasi berdekatan saja. Maka, kedua-dua lokasi ini sedang saya pertimbangkan dengan teliti. Almaklumlah, hujung cuti, waktu peak untuk semua orang berjimba di mana-mana saja lokasi percutian. Saya pula, kalau boleh, tak mahu ke tempat yang terlalu sesak dan padat. Faktor keselamatan, keselesaan dan keseronokan anak-anak, terutama anak autisme saya, Abil, mesti diutamakan.

Kalau ada di kalangan anda yang dah pernah pergi ke mana-mana dua lokasi ini, what say you?

Sementara itu, enjoy your day dan ingat Allah selalu :)


No comments: