Dec 15, 2014

Bila Migrain


 Sudah dua tiga hari saya sakit kepala.
Semalam dan kelmarin, cubaan saya untuk tidur pun tak berjaya.
Bila kesan ubat pain killer hilang, rasa nak 'pecah kepala' (astaghfirullahaladzim).


Apapun, sempat saya mencuba buat muffin haha.
Zarif berkali-kali bertanya, "Ma dah sihat ke? Ma dah ok ke?"
"Hmm, bolehh laa..." saya jawab ringkas.

Dipendekkan cerita, saya ambil resepi dari sini;

Kongsi Resepi: Kenny Rogers Roasters Vanilla Muffin


dengan bersemangatnya saya menyediakan bahan-bahannya; tepung naik sendiri, butter, gula kastor, whipping cream, susu segar, telur, esen vanilla, muffin papercup dan chocolate chip (yang ini saya tambah).

Untuk sukatan dan cara-cara membuatnya, silalah klik link di atas tu ye :)





Dah siap masuk ke dalam cup, saya pun susun dalam tray untuk dimasukkan ke dalam oven (yang dah sedia dipanaskan).

Saya ganda duakan sukatan dalam resepi dan saya dapat bancuhan untuk 14 cup (saiz sederhana, maaf saya tak dapat saiz sebenar cup, puas baca pada label tapi tak jumpa).

Tengoklah tu (gambar bawah), comel betul muffin-nya (SEBELUM masuk oven).



..siap close-up lagi haha



Gambar SELEPAS keluar oven?

haha nak nanges saya tengok 'kecomelan' muffin saya.

Itulah kan, dah sakit buat cara sakit, sibuk nak baking bagai.
Makin bertambah migrain ;p


"saya pandai baking. saya suka baking.saya berbakat baking. saya hebat baking" cubaan memPOSITIFkan diri supaya terus mencuba lagi dan lagi haha

Sekian, terima kasih :)


2 comments:

kent said...

Syida,
sayapun dah bertahun-tahun sakit kepala tp klau ble syida elakkan makan ubat-ubatan sbb doktor sendiri beritahu semakin umur meningkat, fungsi buah pinggang semakin lemah. Ubat hospital mengambil masa utk larut dan membuat buah pinggang bekerja keras utk menyaringnya. Cuba bahan semula jadi, suplementpun boleh elak kena elak. Kawan saya tahu saya suka membaca dan menghadiah buku terapi jus. Buku tu kajian saintis barat dalam usaha mencari penawar penyakit.Utk pengetahuan syida, saya ni rigid sket sbb kakitangan awam saya g hospital kerajaan je hehehee

syida said...

psl ubat-ubatan tu, memang ada betulnya. selagi boleh bertahan, memang saya elakkan. tapi supplemen memang setakat ini saya ambil hari2..mungkin bole pelan2 bertukar kepada terapi jus insyaAllah