Dec 14, 2014

Jalan-jalan hari Ahad

 Jalan-jalan ke manakah?
ke Pet World 2014, Danga City Mall.

Tujuan utama saya ke sini sebenarnya adalah untuk memberi sokongan kepada...
Persatuan Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan atau lebih dikenali dengan nama,
SCRATCH 
(Stray Cats Rescue And Treatment Community Help)

Macam pergi ke Petting zoo.
Nurhan Zarif paling seronok.
Nurhan Nabil pula takut-takut. haha

Tengoklah tu (gambar bawah), Zarif yang curious, sempat sentuh ular. 
Saya pun tumpang sama tadi.
Licin dan basah rasa kulit ular, macam jeli. hehe
Kak Dina dan Abil langsung tak berani nak pegang.





Ada macam-macam jenis haiwan eksotik dan reptilia, bukan ular saja.
Yang berkaki macam cicak/biawak tapi badan panjang macam ular pun ada. erkkk




Pelbagai spesis labah-labah pun ada.



Akhirnya, kami sampai juga ke booth Scratch.
Sempat juga kami bergambar dengan seorang sukarelawan Scratch di situ :)



 Rezeki Zarif hari ni, dapat beli sehelai tshirt Scratch.


Kemudian, kami sambung jalan-jalan lagi.
 Tengok sugar glider, arnab dan ikan laga.
Anjing dan kucing-kucing comel pun banyak juga.
Ada pertandingan. Cantik-cantik semuanya.
Saya tak sampai hati nak ambil gambar. Kesian tengok kucing stres dalam sangkar.huhu







Paling penting, dapat sample makanan kucing percuma. hehe

"You ada berapa ekor kucing?" tanya brother tukang bagi sample.
"Lapan!" saya jawab sambil tersengih.

"Macam itu, kena ambil lima paket lor..nanti tak cukup."

Alhamdulillah. hehe



Kalau tak silap saya, Pet World ni memang acara tahunan. Di KL, biasanya ia dibuat sekitar pertengahan tahun. Di JB pula, biasanya dalam bulan Disember.
InsyaAllah tahun depan boleh pergi lagi :)



Sebelum tidur, don't forget to count your blessings!
Bersyukurlah untuk semua dari-Nya, walau sekecil-kecil nikmat :)

*psst, apa aktiviti Ahad anda?

No comments: