Dec 14, 2014

5 Perkara


Dah lama tak update tentang anak syurga saya ni :)

Alhamdulillah so far so good.

Ibarat cuaca sehari-hari, kadang-kadang hujan, kadang-kadang cerah, ada masanya redup, sesekali mendung, jarang-jarang ribut. hehe

"Abil dah tinggi..." Komen yang kerap kami dengar lately ni.


Well, kalau tinggi tu, macam mak-nya lah tu. haha


Anyway, Abil taklah setingi mana pun, sedang-sedang elok je dengan umurnya. Tahun depan dah nak buat MyKad. Erkkk..Nurhan Nabil dah bujang!

So, 5 perkara?! Here goes..



-Abil tak suka air kena bahagian mukanya. Kalau mandi, bahagian muka adalah bahagian yang paling 'kering'. Kalau berwudhu' pun sama, main celup-celup je air di bahagian dahi.  Kalau dibasuhkan juga mukanya, dia akan cepat-cepat lap dan kuis tangan saya.

-Sangat obses dengan channel Disney XD. Dia hafal skrip-skrip iklan dan kebanyakan lagu kartun/cerita animasi di channel ini.

-Sudah berjaya menghafal hampir 10 surah-surah di Juzuk Amma. Terkini, sedang belajar menghafal surah At-Takathur.

-Saiz kasutnya sekarang ialah saiz 4. Naik 1 saiz lagi, sudah boleh berkongsi kasut dengan kakak dan ayah. Nampaknya kaki Abil bukan lagi kaki hobbit. hehe

-Sangat suka makan ayam goreng! Geng Upin dan Ipin. hehe


Semoga hari Ahad anda hari yang bahagia ^^


**psst, anda kenal mana-mana individu/kanak-kanak Autisme?





No comments: