Jan 1, 2015

Awak Kat Mana? (Bahagian 2)

 
Legoland. (Episod Akhir)

Kalau anda warga Johor, silalah beli annual pass. Pergilah setiap minggu. Memang berbaloi. Naik rollercoaster sampai lebam. hehe

Tambahan pula sekarang ni, dah ada Legoland Waterpark. Kalau asyik layan rides di theme park boleh naik jemu juga. Tapi main air di Waterpark, insyaAllah tak bosan, kan? :p

Cuma, sedia ajelah bajetnya, betul tak? :)

Moralnya, kalau anda penduduk tetap Johor, belilah annual pass. (ulang lagi) haha

Saiz Legoland Theme Park ni sedang-sedang aje. Kalau waktu off peak, ronda-ronda 3-4jam insyaAllah dah boleh cover semua. Tapi kalau peak time, memang kena bersedia beratur panjang dan kemungkinan besar, untuk cover semua rides dan park, kena berada di sini sehari suntuk.

Kafe, surau, tandas semua disediakan. Selesa.

Harga makanan, ada yang patut, ada yang tak patut hehe. Pandai-pandailah buat pilihan ketika berada di dalam tu. Kami sekeluarga suka makan pizza. Berdekatan dengan panggung 4D dan Legoland tower, ada kafe yang jual spesis2 pizza, pasta dan spageti. Pizzanya sedappp.

Rollercoasters? Yang besar ada 4 kot. Silalah naik semua.

Sebetulnya, kalau anda ada anak-anak kecil, lingkungan umur bayi ke prasekolah, memang agak hambar kalau ke sini sebab tak boleh naik rollercoaster.  Ada la train dan dua tiga permainan lain yang sesuai. Selebihnya, mungkin sekadar buat sesi bergambar dengan lego yang cantik dan unik.

Yang ada anak-anak sekitar umur sekolah rendah ke atas, insyaAllah boleh enjoy berjimba sepuas-puasnya di sini. #justmytwocents






































Sejak annual pass kami dah tamat tempoh, 
anak-anak memang rindu Legoland.
Sekarang kami tengah menabung untuk ke Legoland Waterpark.

Misi 2015 insyaAllah :)

Cerita dah habis. Terima Kasih! 


4 comments:

Jari Manis said...

anak-anak mmg seronok kalau dapat pegi tempat ni tapi JM teringin nak masuk tapi bila tgk harga tiket terus x jadi :-)

syida said...

hahaha harga tiket tu x dapek den nak nolongg..mmg kena menabung, pastu pejam mata bli tiket ;p

kannn..anak2 mmg suka tmpt cenggini

Mummydearie said...

Saya dah sampai sekali in 2012. 3 jam bertapa dalam tu tapi tak cukup juga sebab kebetulan hari hujan dan orang ramai. Mana dan ajelah kita pi try.

Saya ni gayat orangnya memang rollercoaster tu terkeluar dari senarai nak mencuba. Anak-anak dah sampai bermimpi nak masuk Legoland lagi. Entah bila boleh turun ke selatan pun tak tahulah. Kalau dah sekali pergi haruslah nak ronda semua tempat yang ada di Johor tu!

syida said...

mummydearie, sy ni pun sbnrnya geng GAYAT macam awak jugak hahahahaha mujolah anak2 x mewarisi kegayatanku..semua ikut bapaknya..suka main rollercoasters & yg sewaktu dengannya ;p