Jan 1, 2015

Kongsi tentang Autisme

Saya sangat setuju dengan statement di atas tu. Anak autisme memang lebih mudah belajar dari apa yang mereka lihat dan dengar di tv dan komputer berbanding melalui interaksi dengan individu lain. Abil tak terkecuali :)

Kenapa ya?

Well, antara ciri-ciri utama autisme ialah ketidakupayaan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik.  Disebabkan kekurangan ini, mempelajari sesuatu dengan melihat dan meniru perlakuan individu lain adalah satu cabaran buat mereka. Kebanyakan mereka sukar memberi eye contact, tidak tahu meniru (imitate), malu (kurang keyakinan untuk bersosial dan lebih selesa menyendiri) dan sukar didekati.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka tidak boleh dilatih dan diajar. Pendedahan, latihan dan intervensi awal  yang diberi secara perlahan-lahan dan berperingkat boleh membantu mereka belajar dengan berkesan.

Berbalik pada statement dan imej di atas, belajar daripada 'machines' memang lebih mudah dan praktikal untuk mereka :)

Oleh sebab itu, kena kawal dan pantau apa yang mereka lihat dan dengar daripada kedua-dua medium itu. Tak semua yang ada di tv dan komputer bagus untuk anak-anak (tipikal mahupun autisme) dan kita masih perlu berusaha untuk berinteraksi dengan anak-anak autisme ini walaupun ia sukar dan tidak mendapat respon (di peringkat awal).

Oh ya, mereka ini visual learner.  Pada pendapat saya, menonton tv dan komputer, lebih stress-free berbanding melihat dan menonton perlakuan manusia (yang mana mereka biasanya akan diminta untuk berkomunikasi dan melibatkan diri dengan aktiviti yang sedang ditonton, a total challenge for autism individuals).


Oraits, gotta go. 

2 comments:

Jari Manis said...

thanks sharing this info

syida said...

no problemo..sharing is caring :)