Jan 4, 2015

Bukan Darjah Satu

Macam darjah satu, tapi bukannn hehe. Dah masuk darjah tiga tahun ni. Alhamdulillah

Anak saya ni memang kecik comel orangnya (hobbit!) hehe. Kadang-kadang bila ada yang komen/tegur tentang 'kecomelan' beliau ni, dia 'terasa' juga. 

Mulalah dia bertanya pada saya berulang kali,
"Kecik sangat ke adik ni?"
"Kenapa orang selalu cakap adik kecik?"
"Salah ke jadi kecik ma?"

hohoho soalan-soalan yang agak bahaya sebenarnya. Kenapa? kerana saya risau komen-komen ini boleh menjejaskan tahap keyakinan dirinya. 

"Tak salah pun. Comel apa. Cuba tengok macam ayah. Dah tua pun orang asyik ingat dia student lagi." haha ayat cover line.

"Dalam kelas adik dan batch adik, ada je lagi yang sama saiz dengan adik kann?"

"Biarlah kecik pun, walaupun kecik, tapi hebattt!" sambil saya cuba relate watak-watak hero bersaiz kecil di dalam movie yang pernah kami tonton :)

Memang Zarif pewaris 'kecomelan' ayahnya. Saiz Kak Dina dan Abil pun tidak sebesar mana, cuma mungkin sebab Zarif yang bongsu dan paling kecil dalam famili, so ciri-ciri hobbit sangat menyerlah. hehe

Saya sangat faham perasaan anak saya ini. Kecik-kecik dulu, selalu juga orang 'komen' tentang saya. Bukan sebab saiz tapi sebab hidung saya yang pesek dan warna kulit saya yang gelap hehe. Believe it or not, memang komen-komen sebegini boleh menjejaskan confidence level. Lama jugak lah saya 'tercalar'. Tapi makin dewasa, makin boleh berfikir dan mengambil komen-komen yang kurang enak ni, secara positif, insyaAllah.

Anyway, back to our story pasal budak comel darjah tiga ni, Kejap je masa berlalu kann? Nanti tahu-tahu dah nak masuk sekolah menengah.huhu




Ini kad perpustakaan Zarif (gambar masa darjah satu). Macam kad matrik hehe. Melihat gambar ini buat saya tersenyum. Masa beliau nak masuk darjah satu dulu, macam-macam yang saya fikir dan risaukan.

Boleh ke bangun pagi? Boleh ke beli makanan sendiri di kantin? Berapa banyak duit poket nak bagi? Pandai ke cari tandas? Boleh ke pergi tandas sendiri? Pandai berkawan kah nanti? Kalau tak tahu pasal homework macamana? Ada tak kawan-kawan yang buli? (...and the list went on and on and on....)

Well, kalau nak fikir pasal anak, memang sampai kiamat pun tak habis. Apa yang kita boleh buat, usahakan persiapan fizikal dan mental, nasihat apa yang patut, selebihnya tawakal.

Saya pun memang bukan jenis yang nak tunggu anak-anak di sekolah berhari-hari, berminggu-minggu (walaupun saya tidak bekerja sepenuh masa). Kalau ditunggu pun, sekejap saja. Kalau menangis, maka menangislah. Biasanya lepas ditinggalkan, insyaAllah anak-anak pandai bawak diri :)

Bangun pagi? Awal-awal memang liat. Menangis bila dikejut bangun, kena angkat ke tandas bagai. Selepas beberapa bulan, dah ok.

Beli makanan di kantin? Duit poket? Setiap hari saya bekalkan rm1 saja.  Hari-hari bawak bekal (makan+air) sendiri. Tak risau berebut-rebut, duit tak cukup, hilang dan sebagainya. Mula-mula, bekal makanannya selalu juga kena 'pau' dengan kawan-kawan.  Solusinya? Saya sediakan dua bekal untuknya setiap hari. Satu untuk kawan-kawan, satu untuk diri sendiri. So, semua dapat makan.

Pergi tandas? Homework? Bersosial? Semuanya dia belajar sendiri dan pandai sendiri. 

Alhamdulillah. Bab sosial tu awal-awal memang mencabar juga. Ada unsur-unsur dibuli, hampir setahun juga.  Hari-hari kami beri semangat pada Zarif dan suruh dia bertahan, selain cuba nasihat kawan yang membuli tu.  Anak saya ni kuat semangat. Walaupun ada masanya dia menangis, tapi tak pernah sekali pun dia tak mahu ke sekolah sebab takut. Hari-hari saya jadi 'Cik Sri Siantan', bagi nasihat dan motivasi pada beliau.


Nasihat saya pada ibu-ibu, bapa-bapa dan para penjaga sekalian, doakan anak-anak selalu. Mudah-mudahan sentiasa di bawah lindungan Allah. Amiin. 

Dah masuk darjah tiga. Setakat ini, semuanya ok. InsyaAllah lancar dan dipermudahkan. Syukur.


Apapun, mengajar dan melihat anak-anak tipikal menyesuaikan diri di sekolah tidaklah sesukar anak-anak istimewa (khususnya anak autisme). Kalau nak cerita tentang pengalaman Abil mula bersekolah, tak cukup 1000 patah perkataan haha. Untuk anak istimewa, lebih banyak cabarannya, penglibatan ibubapa pula tak cukup 100%, paling tidak pun 200% , stres dan kerisauannya pula, 10x lebih tinggi dari anak tipikal. Kalau tak ingat Allah selalu, memang boleh pengsan! ;p

Oraits, panjang dah saya menaip.  Patutnya, di Johor, hari ini sudah mula sesi persekolahan 2015. Alhamdulillah ia ditangguh ke 11hb. Ada masa lagi nak habiskan iron baju sekolah anak-anak. haha


Saya doakan 2015 menjadi tahun yang cemerlang untuk anak-anak saya dan anda juga :)

**psst, nak tambah cuti sekolah sebulan lagi boleh?hehehe

2 comments:

Mummydearie said...

Okey, saya ni kalau komen memang tak reti pendek-pendek ya. Saya bagi amaran siap-siaplah takut terkejut pulak tengok saya buat kotak komen ni macam entri. Hahaha!

Maknanya si Zarif ni sebaya anak sulung saya si Bubbly Abang cuma situasi kita berbeza. Anak saya pulak terlebih tinggi dan besar berbanding rakan sebayanya. Itu pun ada juga dia komplen. Setakat ni alhamdulillah takda yang bulinya teruk-teruk cuma anak saya ni badan je besar tapi hati lembut alahai. Dengan kawan perempuan memang kalah mati sesaja. Saya pulak yang naik angin!

Mak-mak ni memang begini gayanya. Risau memanjang tapi saya ni dah tergolong dalam superfreaking worried momlah! Memang nak pengsan anak-anak dengar bertonne-tonne kata nasihat dan ajaran saya!

Duduk di Johor and orang Johor ke ni? Saya asal dari BP :)

syida said...

haa..betul la tu, sindrom makmak haha
ye la kan, kita ni kekdg agak protective, tp nak buat mcmna kann, sayang anak punya psl :)

saya anak selangor, kawen org jb. maka bermastautinlah di jb hehe