Jan 5, 2015

Tips Menabung

Kongsi dari sini : Tazkirah.net

Seronok baca tentang simpan duit dan menabung, rasa macam berkobar-kobar nak amalkan. Alhamdulillah, tabiat menabung bukan sesuatu yang asing untuk saya.  Saya pasti anda pun macam tu juga kan? Menabung ni penting, tak kiralah atas alasan apa sekalipun.  Yang pasti, setiap orang 'wajib' menabung.  

Membaca artikel yang dipetik dari Tazkirah.net, ada banyak tips menabung yang menarik dan sebahagiannya belum lagi saya praktikkan.  InsyaAllah lepas ni boleh mulakan dan istiqamah :)

1-Simpan si hijau
2-Simpan si oren
3-Simpan duit syiling
4-Simpan 10% duit gaji
5-Mulakan menyimpan setiap hari (walaupun 10sen)

#3 memang dah jadi rutin setakat ini.  Tabung-tabung syiling memang banyak kat rumah saya ni, comel-comel belaka hehe. (Gambar di bawah)

#5 pun alhamdulillah sudah biasa dibuat.  Selepas ini boleh cuba #1, #2 dan #4. Saya sangat tertarik dengan kata-kata ini "Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk."





Oh ya, jangan lupa betulkan niat untuk menyimpan tu (simpan untuk jadi kaya) dan jangan sesekali sebut "tak ada duit nak simpan..." Kata-kata dan setiap yang anda fikirkan, adalah satu DOA tau.

Selain menyimpan, jangan lupa bersedekah :)

Jom menabung secara berhikmah.


6 comments:

Husna Adnan said...

Kak Syida: Waaah senior! Hehe. Terima kasih sudi singgah ke sini. Salam ukhuwah!

Anis: Terima kasih!!

syida said...

:)

Mummydearie said...

Tahun ni saya baru nak mencuba No.1 tu. Seronok juga bila dah mula ni. Menabung ni banyak faedahnya. Kalau tak menabung, itu yang susah hidup nanti :)

syida said...

saya pun baru nak cuba yg no 1..bila dah mantop menyimpan yg hijau, barulah menyimpan yg oren pulakk haha (yg sbnrnya yg oren asyik kna pakai je ;p)

syafisyifa' said...

terima kasih atas perkongsian...mengingatkan saya supaya lebih rajin menabung hihihihi

syida said...

syafisyifa', sama-sama....moh le kita! hehe