Jan 24, 2015

Solat Subuh Gajah?!

imej: islamituindah.my


Solat Subuh. Saya tak nafikan, ia antara solat yang paling berat untuk ditunaikan. Selalu juga saya kalah, bangun subuh, tapi 'subuh gajah'.

Beberapa tahun kebelakangan ni, tanpa saya sedar, Allah beri kemudahan untuk saya bangun Subuh. Tabiat 'subuh gajah' masih ada, tapi dah tak sekerap dulu. hehe

Kucing. Saya bela kucing sejak lebih kurang 4 tahun yang lepas. Sejak dari membela Betty (Betty pun dah tiada sekarang), sehinggalah kepada 8 ekor anak bulus yang saya ada sekarang, memang merekalah antara 'alarm' subuh saya.

Semasa kucing saya baru ada seekor dua, mereka tidur dalam bilik, samada bersama saya atau anak-anak.  Masuk saja waktu subuh, memang mereka akan terus menerus berusaha mengejutkan saya bangun, sebab mereka nak makan! haha

Digigit atau dijilat di kaki, tangan, badan, bunyi mengiau non-stop, kadangkala mereka tunggu di tepi muka saya dan purring (bernafas dengan kuat), pernah juga masuk bawah selimut. Memang 'ajaib'lah kalau kita tak bangun, sebab tak boleh nak tidur dibuatnya dengan 'gangguan-gangguan' ni.

Sekarang ini, sejak dah ada 8 ekor kucing (semuanya baka kucing jalanan dan sudah dikembirikan), bilik tidur adalah kawasan larangan.  Kalau dibenarkan masuk, jawabnya tuan kucing tidur atas lantai. haha

Pintu bilik ditutup. Tapi bila Subuh, mereka akan mengiau dari luar, kadang-kadang dengar bunyi pintu dicakar, adakalanya mereka 'bergurau' dan bercekau sesama sendiri semasa menunggu beramai-ramai di luar bilik.  Dah lapar, macam-macamlah ragamnya.  Memang semua setia menunggu sehingga saya keluar dari bilik. Bagus betul :)

Kucing punya pasal, bingkas juga saya bangun. Solat Subuh, kemudian uruskan breakfast mereka.

Anak autisme saya, Nabil. Memang dulu, kini dan selamanya,  sangat senang bangun subuh. Kalau dia tidur awal (seawal jam 9 malam), biasanya dia bangkit sebelum azan subuh dilaungkan. Kalau dia tidur sekitar jam 10 malam, dia akan bangun sekitar jam 6 pagi.  Kalau dia tidur lewat sekalipun (jarang-jarang berlaku sejak dia bersekolah), dia akan bangun jam 5-6pagi juga. Tak kiralah hari bersekolah ke, hujung minggu ke, cuti umum ke, cuti sekolah ke, tetap bangun awal. Alhamdulillah

Abil bangun, tanpa bantuan alarm clock dan sebagainya. Walaupun kami setting alarm pada handphone, dia bangun sebelum ianya berbunyi. Dialah alarm clock! Tak kira di mana saja, di rumah sendiri, di rumah atuk, semasa pergi bercuti, everywhere. (Baca: Sekecil-kecil Nikmat) Tak tahulah kalau pergi oversea (zon masa yang berlainan) apa pulak situasinya kann, belum pernah cuba hehe.

Apapun, syukur ada kedua-dua 'kemudahan' untuk bangun subuh ini. Lebih mudah untuk bangkit pagi, lebih senang untuk istiqamah. insyaAllah 


Apa cerita subuh anda? Meh la kongsi :)


"Tiada solat yang dirasakan berat oleh orang munafik, kecuali solat Subuh dan Isyak.Sekiranya mereka mengetahui besarnya pahala yang ada pada keduanya, pasti mereka akan mendirikannya walaupun sambil merangkak." hadis riwayat Bukhari & Muslim.




Salam Sabtu!

9 comments:

Dunia Zumal said...

Zumal pun kucing gak jadi alarm... Tapi selalu kejut awal sangat. Pukul 5 dah panggil zumal...

syida said...

hahaha..sama la kita zumal..mmg kalo ikut time kucing, pukul 5 dah nak makan..cuma tuannya aje yg tahan2, liat nak bangun..tunggu subuh ajelah teruss hehe (kalu time hari sekolah, mmg haruslah bangkit pukul 5..sukalah anak2 bulus tu ;p)

Puan Kutu said...

Bagus juga ya Ada alarm Dari anak2 bulus Dan anak soleh abil.kt rumah no saya sorang he alarmnya. Klu sy terlajak tidur, 1 rumah la tak bangun. Hehe

Mummydearie said...

Oh, nak mengaku juga ni! Kalau sebelum anak ke sekolah sesi pagi, saya set alarm pukul 6 pagi tapi asyiklah dok tekan suruh senyap dan tidur semula. Agak-agak Subuh dah nak habis, barulah bingkas bangun. Kelam kabut. Entah khusyuk ke tidak, tak pasti nak komen cam mana :)

Sejak Abang di sekolah pagi, 2,3 hari dulu memang bergantung hidup pada alarm. Tapi la ni, badan dah boleh agak time kena bangun. Takut sungguh kalau terlewat. Itulah kelebihannya...

Tak sangka lagi awal bangun, lagi fresh badan rasa walaupun kadangkala lewat masuk tidur.

syida said...

Pn kutu, pressure tu kalo diri sndiri jd alarm utk serumah. Tak bangun kalu, habis la hanguusss semua huhu

mummy dearie, sy pun biasa gak tekan alarm utk 'snooze' huhuhuhu (mmg buruk perangai)..mujur la semenjak dua menjak ni, habit bangun subuh dah bertambah baik...alhamdulillah..

a ah setuju gak, lebih awal bangun, sbnrnya rasa lebih fresh kann..

Jari Manis said...

ha'a..susah sungguh nk solat subuh, nak bangun subuh terutamanya waktu cuti...aduhai..bila sedar je 6.30 terus lompat bangun kerana teringat akan api neraka :-)

syida said...

teringat api neraka tu mmg alarm yg paling cemerlang haha bagus ar JM ni..peringatan utk saya ni..lps ni mmg kna ingat mati & ingat api neraka salu (bior cepat sket bgn subuh huhu)

zarul farhana said...

byknya bela kucing...

syida said...

zf, panjang citernya (kisah macamana boleh terbela kucing smpai 8 ekor ni hihihihi)..semua kucing kampung aje, saya kutip/kembirikan & bg kasih syg...seronok tgk dorg da bahagia skrang :)