Feb 12, 2015

Aura Khamis


Khamis. My favourite day.

Setiap hari Khamis, skrip saya kepada Abil di dalam kereta,"Abil, hari ni hari Khamis. Abil pergi sekolah macam biasa. Esok Jumaat, cuti!" oh yes, perkataan cuti tu, disebut dengan tanda seru (!) tau haha

(Gambar di atas) Pagi ni saya bersarapan biskut saja.  Tak lupa, secawan 'neslo'. Menu simple, tapi penuh 'kasih sayang'. Nak tahu kenapa? sebab biskut tu, encik suami yang buatkan malam tadi.  Gigih membiskut ala-ala esok lusa nak sambut raya (raya cina kot?!) haha. #alhamdulillah

Sejak semalam, dah 'riuh' tentang tarif baru elektrik yang akan turun bermula 1 Mac ini. Berita baik. Bolehlah kita 'all out' dengan kempen menabung dan jimat cermat, insyaAllah.

Oh ya, resepi biskut di atas, boleh baca di sini : Red Pearl Cookies Biskut yang Sedap sangat

Seperti biasa, waktu santai saya agak singkat di pagi Khamis.  Nanti saya sambung cerita :)

**psst, apa sarapan anda pagi ni??

Friday is almost here. Happy Thursday!



10 comments:

Dunia Zumal said...

Nampak sedap biskut tu, nanti zumal nak try gak ^-^

syida said...

sila..sila cuba ye zumal.mmg sedap biskut ni, rangup2 gitu..sapa xde gigi/pakai gigi palsu, x disyorkan.hehe

Qaseh Vee said...

utg dapat suami rajin di dapur . umpamanya mkn sikit pun sudah kenyang ... klu sis dpt suami rajin lagu tu , mau byk request la jwbnya ... heheheee

syida said...

QV, alhamdulillah..suami sy mmg suka memasak tpi x dpt selalu & kesian juga nak request macam2, kekangan masa & dia pun penat bekerja kann..tpi sesekali dia ke dapur, mmg rezeki! hehe

Aisy Nasiha said...

Haha.. macam naim je gelagatnya. Naim memang mengira hari. Kalau sampai hari khamis je dia suka sebab dia kata, " mama sekolah lagi two". Jadi pagi khamis selalu pergi sekolah dengan ceria..

akubiomed said...

Dengar berita baik penurunan tarif elektrik. Cuma agak geram peniaga masih tegar hendak mengekal harga.

Saya ini sudah lama tidak makan tengahari di masjid. Kalau dahulu makan Nasi Beryani bayar RM10 akan diberi baki RM4. Agaknya sudah lama tak makan Nasi Beryani. Makan pada hari Jumaat baru ini. Bayar RM10 dipulang RM3. Agak terkilan kerana tapak tersebut bukan dibayar sewa. Datang pacak berniaga dikaki lima masjid pada hari Jumaat sahaja. Tidak pertikai kesedapan memang tidak berubah dari dahulu dan sekarang.

syida said...

AN, tu la psl...bila hujung2 hari bekerja je, semangatnya lain macam..sbb x sabo nak rehat esoknya hehe

akubiomed, agak2 mana yg mahal tu, memang eloknya 'boikot' aje..kalo dah ngidam sangat ns briyani tu, sesekali bole la layankan tekak hehe

Mummydearie said...

Minyak dah turun. Tarif elektrik dah turun. Bila harga barang nak turun? Masa minyak naik, belum sempat hebahkan dengan rasmi, harga barang dah naik. Ni dah lama minyak turun, takda pulak tanda-tanda harga barang nak turunkan. Melampau sungguh tau!

Saya kalau hari bekerja ni memang makan kuih je. Harga kuih sebelum 2015, 40 sen satu. Lepas minyak turun tetiba naik jadi 50 sen! Nak boikot, lapar pulak. Nak tapau dari rumah, malas pulak nak buat kuih *_*

syida said...

mummydearie, minyak turun, letrik turun, peniaga guna alasan gst pulakk huhuhu

saya pun geng malas nak membuat sendiri (sebab sejenis yg x pandai masak & kalo cuba jugak, 10x buat lom tentu menjadik haha). nampak gayanya, kalo nak berjimat, kna puasa sunat selalu. adehh

Jari Manis said...

En Suami yg buat? waduhh...susah nk cari suami yg rajin masuk dapur nih..bertuah kat Syida tau