Feb 11, 2015

Menunggu Hari

Menunggu. hari. bersalin.

Fuhh..seksa! #bukansaya

Yang tengah sarat menunggu tu, adik saya. Dah masuk minggu ke-40. Belum lagi bersalin. Kali ini, anak yang ketiga, insyaAllah. Anak-anak terdahulu, minggu 38 dah selamat dilahirkan (katanya).

Menunggu saat-saat melahirkan memang mencabar. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mujur la mandi tetap basah macam biasa. hehe

Pagi tadi, di dalam kereta, saya berbual dengan Nurhan Zarif masa dalam perjalanan ke sekolah. Nurhan Nabil duduk diam (mendengar), sambil mengunyah sarapannya. hehe

Saya: Adik, makcik tak beranak lagi..doakan dia cepat bersalin. Nanti kita balik raya cina, dah boleh jumpa baby.

Zarif: Oo ye? Belum lagi? (Diam 2-3saat)..Ini tak adil.

Saya: Hah? Tak adil? Apa yang tak adil?

(Sebenarnya, setiap kali kalau kami berbual tentang makciknya yang mengandung, nak dapat baby lagi, nak bersalin bagai, memang skrip 'tak adil' tu selalu keluar hehe. Adik saya seorang ni, dapat anak baru setiap dua tahun (setakat ini). Rezeki Allah, ikut sunnah (katanya))


Berbalik pada perbualan kami tadi...

Zarif: Ya lah...laju sangat! Nak masuk tiga dah.

Saya: HAHAHAhahahaha (memang saya tergelak besar. Laju? Nak masuk tiga? Skrip budak darjah tiga ke ni? ^^)

Zarif: Kenapa ma gelak?

Saya: Ya lah, mak pun dulu laju gak. Mula-mula kakak, tak sampai dua tahun, abang. Tiga tahun lepas tu, adik pulak. Laju gak kann?

Zarif; Ya lah. Tapi lepas adik, terus stop!

(Mendengar skrip ni, saya tergelak besar lagi).

Zarif: Kalau mak laju lagi, mesti sekarang dah ada enam! (fuhh bersemangat dia mencongak hehe)

Saya; Kann? hahaha (seronok pulak saya melayan imaginasi anak bujang saya).

Perbualan tak berhenti setakat ini, dengan lancarnya, Zarif sambung bercerita..

Zarif: Kalau ada enam, maknanya adik (dia membahasakan dirinya) ada tiga orang adik. Tak boring. Pagi-pagi mesti ada empat orang yang nak pergi sekolah sama-sama kan ma? sorang lagi baby.

(hmmm, betul la tu, kakak di asrama. Saya dah tak larat nak gelak. Senyum sengih memanjang).

Zarif: Tapiiii...kalau ada enam, mesti semua selalu gaduh.  Nak main game pun mesti rebut-rebut kan ma? hmmmm...

Saya: Ya lah, takkanlah ma nak belikan komputer sorang satu pulak..kena la kongsi-kongsi enam orang.

Zarif: Tu la...kacau je. (Diam 4-5 saat)...Tapi ada enam orang, bestttt! (dengan sepenuh perasaan)

Hahahahaha. Saya sambung gelak lagi dan lagi. Tak larat nak sambung dialog. Sekolah pun dah dekat. Tak lama lagi bujang petah ni dah nak kena turun dari kereta.

Sambil tersenyum dan bercakap dalam hati, "Memang best pun kalau ada enam orang adik beradik. Meriah!" Dalam kepala, terus teringat masa saya, abang dan 4 orang adik-adik masa kecik-kecik dulu.

Sebelum Zarif turun dari kereta, saya beritahu dia,

"Adik doa ajelah ada rezeki adik nak tambah adik lagi.  Allah bagi ma tiga ni pun, mesti ada hikmahnya, kan?"

Mendengar skrip saya, Zarif tersenyum. Entah dia faham atau tidak maksud 'hikmah' tu. Lain kali ajelah saya cerita panjang, dah sampai pintu pagar sekolah. hehe

Nurhan Nabil 'khusyuk' mendengar perbualan kami, sambil mengunyah lagi dan lagi. Zarif sudah turun, tambah lagi 20minit perjalanan, baru sampai sekolah Abil pula.

Agak-agaknya la kan, kalau Abil pandai menyampuk perbualan, apalah pulak skrip dia kann? hehe

Baca sini: Bila Abil berkata-kata


Kenapa penting dengar setiap perbualan anak-anak?
Kerana saat itulah kita dapat perbetulkan sebarang 'misconception' dalam kepalanya.
(kongsi dari fb Fatimah Syarha)

Salam Rabu. Ingat Allah selalu :)

13 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum Ida, aduh duh anak2 skrg ni kan pandaiiinyeee ngalahkan orang tua berckp, kalau kita dulu2 mmg kena marah tu kan, tapi skrg ni dah open minded, yalah zaman dah berubah...

syida said...

waalaikum salam knoor, itu la pasal...bijakk sangat! sy pun konpius tadi (aku ni berckp dgn anak 9thn ke, rakan sebaya ni??) hahaha

Puan Kutu said...

Ohh darjah tiga gaya bercakap macam orang tua2.bijak budaknya..itulah kan..serial yg Allah bagi ada hikmah..klu sy laju pun laju macam zarif cakap mesti anak dah 4.hahaha

syida said...

hahaha PK, alhamdulillah..mmg bijak bdak kcik sorang ni..jenuh den nak melayan.

laju ke, x laju ke, kita merancang, Allah tentukan..kan? yg ada ni pun, syukur Alhamdulillah :)

Mahani@mama homeschool said...

Salam Syida,
Cerdik sungguh dgrkan cara zarif ni cakap. saya ni pun kategori laju gak kot..hihi..insyaAllah bulan 6 ni bertambah lg sorang :)

syida said...

wsalam mahani,
Allah...lamanya tak dgr khabar awak..tahniah! alhamdulillah..mudah2an sihat & selamat hgga melahirkan.amiin :)

Dunia Zumal said...

Moga dipermudahkan buat adik sis... Amin...

syida said...

amiin Ya Rabb..tq zumal

Aisy Nasiha said...

Haha.. bijaknya Zarif berkata2.. tahu dia baik buruk adik beradik ramai..siap senaraikan terus tu.. haha.

Macam mana ? Dah bersalin ke adik tu? Moga selamat semuanya ya.. ai..dah ramai sana sini tambah anak ketiga ni, saya bilalah ya? Adik dh nk 3 tahun tu.. tapi memikirkan kerja banyak rasa malas pulak. Tapi esok2 nak ramai orang mendoakan kita, siapa lagi kalau bukan anak soleh kita kan?

syida said...

AN, adik saya masih menunggu.kalau x bersalin juga hingga 17hb, akan di-induce insyaAllah..

Allah maha mengetahui apa yg terbaek utk kita...sampai masanya nanti, ada la yg no 3 menyusul utk AN nanti..

anak2 yg ada setakat ni, sama2lah kita usahakan dan doa mudah2an jadi anak2 soleh & solehah kann?

Mummydearie said...

Aduhai, gelak besar saya membacanya! Tak adil, laju sangat! Macam bawa kereta je bab tambah anak ni ya. Yalah budak-budak, kira dah cleverlah tu. Ada common sensenya juga!

Kalau Ma nya 'laju' lagi, mesti dia dah 6 beradik sekarang ni. Syida tak tanya ke macamana nak 'laju lagi' tu? Keh3x.

syida said...

hahaha mummydearie, ini kes terlebih clever! ;p

mak malas nak tanya bab 'laju' tu..nanti dia kuar stetmen/soklan 'pelik2', pengsann mak nak jawab hehe

Jari Manis said...

ahaha..so sweet..kekadang seronok layan cakap budak2 nih