Feb 10, 2015

Terkandas Dua Hari

imej:naturalbeauty.wordpress.com


Dua hari tanpa entri blog. Dua hari cuti sakit. Dua hari 'terkandas'!

Semua sebab sakit gigi. (Bila sakit gigi, nak buat apa pun, tak boleh). Allah :(

Alhamdulillah, selepas dua hari, sakit gigi sudah reda 95%. Hanya tinggal saki baki 5%. Dah boleh beraktiviti dan sambung rutin macam biasa, insyaAllah.


Baca: Tips untuk kurangkan sakit gigi

Apa yang saya buat untuk merawat sakit gigi saya, sementara menunggu ke dentist ?
-kerap berkumur(gargle) dengan air garam
-telan supplemen bawang putih (tak mampu nak kunyah bawang putih 'ori')
-'tenyeh' garam ke bahagian gigi dan gusi yang sakit.

Muhasabah daripada insiden sakit gigi:
-sakit penghapus dosa (insyaAllah)
-lebih menghargai nikmat sihat dan nikmat makan
-dah lama tak 'servis' gigi (Allah bagi 'petanda', suruh ke dentist segera)

**psst, memang sepatutnya terus ke dentist, tapi 'seriau' la pulak nak jumpa doktor waktu gusi bengkak.  Takut kena marah dengan doktor pun iye juga. hehe

Semoga Allah bagi kekuatan untuk saya jumpa dentist dalam masa terdekat.

***Ehemm, bilakah kali terakhir anda ke dentist?

nota kaki: bila sakit gigi, idea blogging pun 'lari' :(

Health is the greatest gift. Indeed.


10 comments:

Nurul Shahira said...

Kali terakhir ke dentist masa belajar, tahun 2012 rasanya. Dah lama juga rasanya tak ber'appoiment' ni. Seriau jugak. Hehe

Puan Kutu said...

Ohh seingat sy ke dentist Kali terakhir masa pregnantkan afia..sakit Gigi mmg azab kan

syida said...

N Shahira, tu la pasal..kita pun last jmpa dentist tahun 2012-2013 gitu..

PK, hoho azabnya Tuhan je yg tau..selalu dgr org ckp, sakit gigi ni yg kedua plg sakit (selepas sakit bersalin)..setuju sangat..

Dunia Zumal said...

Zumal pun sakit gigi gak nie... Dah lama tak jumpa dentist tau, rasanya masa sekolah dulu ja ^-^

syida said...

hahaha Zumal, LAMA dah tu..ni mesti takut jmpa dentist ni hehe

Aisy Nasiha said...

Alahai..sian.. moga tak berulang lagi ya. Kalau dah baik tu legalah kan.. masa kena tu, nak tanggungnya..alahai..

syida said...

AN, mudah2an...sakit gigi mmg azab..tp nak elakkan sakit gigi berulang, harusslah jumpa dentist secara berkala huhu

Mummydearie said...

Tak ingat bila last time saya ke dentist. Biar benar nih! Tapi baru ni adalah bawa si Abang jumpa dentist. Nasihat anak bukan main lagi padahal Mommynya ni pun takut juga kalau nak jumpa dentist. Dapdupdapdup dalam hati tau!

syida said...

hahaha mummydearie, bab jumpa dentist ni kann, kekadang orang dewasa lg over seriauuuu nya berbanding ngan budak ;p

Jari Manis said...

kalau sakit gigi sakit seluruh badan..terutama kepala..rasa nk hentuk ke dinding je

JM pun dh lama x jumpa dentist..last waktu sekolah rendah..cabut gigi kerana rongak..nk pegi cucui gigi kononya sampai sekarang tertangguh