Feb 7, 2015

Kawan Bermalam

Dua tiga hari ni, seorang kawan Nurhan Zarif (saya namakan AH), datang bermalam bersama kami. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang Zarif-lah orang yang paling teruja dan gembira.

AH kawan sekelas Zarif sejak darjah satu. Saya juga berkawan rapat dengan mama-nya. Yang sebenarnya, saya dan mama-nya yang berkenalan dulu, blog inilah juga 'puncanya'. hehe

Sejak dari hari pertama AH tiba untuk bermalam di rumah kami, memang beliau dan Zarif macam 'belangkas', lebih tepat lagi, dah macam 'kembar' haha. Mereka ni sama-sama anak bongsu, saiz badan pun sama, mungkin ini faktor chemistry antara mereka berdua. hehe

Apa aktiviti mereka? Main. Main. Main. Berbual. Main lagi dan lagi.

Mujur ada waktu tidur, kalau tak, main dan berbual 24 jam. Fuhh

Bila ada rakan sebaya ni, Zarif jadi bersemangat nak buat semua benda. Dikejut bangun subuh dan bersiap ke sekolah, senang. Disuruh buat homework dan kemas buku sekolah sendiri, pun senang. Makan pun berselera. Suruhlah buat apa pun, senang belaka :)

Saya rasa Zarif seronok sebab ada kawan untuk berkongsi cerita dan aktiviti. Biasanya, dia bersembang pun dengan saya dan selalunya dia main sorang-sorang (kecuali waktu kak Dina ada di rumah). Abil pula, sebagai anak autisme yang bermasalah komunikasi, lebih kerap beraktiviti sendiri (sesekali dia main juga berdua dengan Zarif, bukan selalu).

Dengan AH, Zarif sentiasa berteman. Setakat dua tiga hari ni, memang nampaknya happy sokmo (belum ada insiden bergaduh, alhamdulillah).

AH dan Zarif juga berbual tentang macam-macam perkara.  Hal sekolah, bolasepak, kawan-kawan, cerita kartun, rancangan tv dan movie.  Ada sekali tu, siap berbual tentang kahwin! hahaha (maknya pasang telinga je sambil meng'halimunan'kan diri ;p)

Kalau selalu, saya layan Zarif, Zarif layan saya.  Bila AH ada, saya jadi pemerhati. Seronok tengok gelagat dua orang budak darjah tiga ni. Macam-macam ada. hehe

Peluang untuk AH bermalam bersama kami beberapa hari ni, memang satu 'kemudahan' dan rezeki dari Allah. Ia juga peluang dan pendedahan untuk AH mengenali seorang individu autisme seperti Abil.

Mula-mula AH sampai, Abil perhatikan saja 'adik' barunya ini.  Mungkin dia rasa pelik, selalu cuma ada Zarif , tiba-tiba ada seorang 'muka baru',  Nak bertanya, beliau tak pandai meluahkan.  So, Abil hanya bagi eye contact dan body language.   Saya sebut nama AH, Abil hanya pandang saja.  

Sehari dua lagi, AH akan balik semula ke rumahnya. Saya harap beliau tak serik bermalam di rumah kami.   As for me, macam nilah agaknya kalau ada anak kembar kan? ^^



imej: excelqhalif.com


A child has a special way of adding joy to everyday.
(from google)


13 comments:

umi alya said...

Nanti akak punyai masa, nak baca entri2 lama, nak tau sangat pasal Abil..

umi alya said...

Kalau tak baca entri tadi, ingat kembar dah..

Nooriah Abdullah said...

betul kata umi alya, akak pun ingat kembar sbb rupa diaorang hampir sama ..

wa said...

Oh...seronoknya tengok dia berkawan.....mesti termimpi-mimpi nanti tu

Bunda a.k.a KN said...

Assalam..
Salam ukhwah dari Bunda...terima kasih sudi keteratak Bunda...

Puan Kutu said...

Sama besar..memang macam kembar..suka la zarif ada kawan bermain bercerita..

syida said...

salam semua, tk atas komen.mmg zarif & AH ni ala2 kembar, sama2 kecik, sama2 comel, sama2 lincah! bff la katakan ;p

umi alya, sila sila baca tntg abil.boleh tmbh ilmu& kesedaran tntg autisme insyaAllah :)

Jari Manis said...

ceria di si dia bila ada teman berbual tu..mesti mcm2 di kongsi kan

wa said...

Wa pun ada anak autism...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Aah, sama je saiznya.
Mmg mcm belangkas.

syida said...

Dr Syikin, kann? ini hari AH balik rumah dia, jgn nanges si zarif ni udah le ;p

Mummydearie said...

Sesekali dapat kawan sebaya siang malam. Memanglah happy. Mama dok senyap-senyaplah jadi halimunan. Tak sedih ke diketepikan beberapa hari ni? Hahaha...

Kalau dengar budak-budak berborak sesama mereka, memang seronok tau. Saya pun pernah dengar anak saudara berborak dengan anak saya tentang nak buat apa kalau mak-mak asyik marah kita - patut sayang ke atau patut buat apa?

Terduduk den sekejap dengar jawapan mereka!

syida said...

hahahaha mummydearie, 5 hari si AH dgn kami..kira sedang2 elok jelah..rasanya kalo tambah bbrp hari lg, baru maknya mula rasa 'tersisih' :p

betul3, mmg seronok dengar bebudak berbual..skrip anak2, sangat naif & innocent...lawak pun ada haha