Feb 13, 2015

Cerita Dari Akhbar

Pagi Jumaat.

Duduk-duduk minum teh O, sambil makan laksam (yang dibeli dari gerai kegemaran), sambil baca suratkhabar. Rezeki. Nikmat. Alhamdulillah :)

Selain berita pemergian TGNA dan Hasbullah Awang, saya tertarik dengan cerita tentang pasangan suami isteri, encik Mohd Jusoh@Ramli Yusof, 70 dan puan Hasanah@Shamsiah Hasnah Samad, 65, yang mempunyai 17 orang anak! SubhanAllah. MasyaAllah. (sumber: Sinar Harian, 13Feb2015)




Dipendekkan cerita, berikut antara fakta tentang kisah pasangan dengan 17 orang anak ini;
  • Anak-anak mereka berusia di antara 20 hingga 49 tahun.  10 orang perempuan, 7 orang lelaki. Ada yang bergelar peguam, pegawai kerajaan, guru, ahli perniagaan dan beberapa kerjaya lain.
  • Kesemua 17 anak berjaya belajar sehingga ke peringkat universiti.
  • Encik Ramli adalah seorang pesara dari Kementerian Kesihatan, sekarang seorang imam Masjid Kampung Banggol Pauh dan pernah bekerja sebagai pemandu ambulans.
  • Puan Hasanah seorang surirumah dan pernah berpantang bersama dua orang anak perempuannya ketika mereka bertiga bersalin serentak, 20 tahun dulu. Anak bongsunya kini, sebaya dengan dua orang cucunya.
  • Segantang beras atau 3.5 kg beras hanya cukup untuk dimakan dua hari bagi keluarga besar ini.
  • "Sebagai surirumah, kebanyakan masa makcik dihabiskan bersama anak dan walaupun tidak belajar tinggi, makcik sentiasa bersama anak ketika mereka belajar di rumah", cerita puan Hasanah.
  • Encik Ramli menegaskan, didikan agama perlu dijadikan tunjang dalam mendidik anak bagi memastikan kejayaan mereka di dunia dan lebih utama, di akhirat.
Saya tumpang seronok dan bangga bila membaca kisah 17 anak ni. Dengan pendapatan yang sederhana, seorang bapa gigih mencukupkan keperluan seisi rumah.  Si ibu pula, setia memberi sokongan moral dan melaburkan masa untuk anak-anak.   "...ikan selayang makcik potong tiga supaya anak-anak dapat sama rata."

Allahu. Saya doakan semoga pasangan warga emas dan seluruh keluarga ini terus diberkati dan dimurahkan rezeki. 

Fuhh, hebat kan? Saya yang ada tiga anak dan 8 ekor anak bulus pun dah pening dan selalu stres. Inikan pulak kalau ada 17 orang anak.  Kalaulah anak saya, Zarif baca artikel ini, entah apa dia komen hehe.

Ada apa-apa lagi cerita menarik (dari akhbar) yang anda baca hari ni?

Kejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita. 
Kejar akhirat, dunia akan bersama kita. 
(dari twitter Sahabat Ustaz Don)

13 comments:

Dunia Zumal said...

Zumal yang hanya ada anak kucing jew pun dah stress menjaga mereka... Kalau anak orang sampai 17 camne yer ^-^

syida said...

hahaha lawak ar zumal ni..jaga anak kucing 50 ekor baru sama dgn jaga 17 anak orang kot ;p

Nooriah Abdullah said...

orang lama rasa nya lebih hebat dari orang skrg dlm menjaga anak2, walaupun 17 orang masih mampu, skrg sorang dua pun ramai yg dah merungut..

syida said...

betul la knoor, sy setuju. org2 lama mmg hebat..gigih..

Puan Kutu said...

hebatnya pakcik dan makcik ni..sy takde anak bulus, anak dua orang je pun pening.hehe..

untung diberi rezeki anak ramai.semuanya berjaya pulak tu.anak sedara dengan mak oak sedara sebaya pulak kan.kagum saya!

syida said...

PK, tu la kann..sy pun rs kagum sangat..bak kata org skrang, tabik spring! hehe

alhamdulillah..mmg anugerah Allah utk mereka :)

Aisy Nasiha said...

Saya pernah kenal seorang yang ada adik beradik 16 orang.. memang meriah keluarga diorang. Kagum kan bila jumpa orang yang ada family besar macam ni.. tapi budak sekarang kalau kita bagitahu ada adik beradik ramai, diorang gelak besar. Kes minggu lps, ada seorang murid kelas saya bagitahu pasal adik beradiknya, ada 10 orang, kawan2 kelas yang baru tahu tu gelak besar.tak percaya. Kelakar pun ada masa tu. Memang kes jarang2 berlaku tapi reaksi diorang ni, haha.. mmg kelakar.

akubiomed said...

Seronok dengar kejayaan anak-anak. Ibubapa tumpang bahagian mendengar anak-anak yang berkerjaya hebat-hebat belaka.

Bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian.

syida said...

AN, zman skrang ni, kalau 6-7org anak pun dah terasa RAMAI. 10 orang adik beradik pun da ssh/jrg nak jumpa dah hari ni...kann?

akubiomed, betul2..susah2 dulu, kemudian baru rasa hasil & ganjarannya insyaAllah..

Azizah Green Line said...

hebatnya..mak cakap kalau nk anak2 berjaya kena cari rezeki yg halal...

Mummydearie said...

17 orang anak? Dan semuanya berjaya? Memang hebat. Tabik spring kat makcikpakcik ni. Kita yang ada anak dua pun dah nak terkangkang kiap, stress tak payah ceritalah. Memanjang stress tak tahu apa puncanya. Hahaha....

Tak boleh bayangkan kalau orang sekarang ada 17 orang anak! Mati cepat rasanya. Huhuhu...

syida said...

Azizah GL, betul lah tu..berkat rezki halal. alhamdulillah, anak 17 pun..'menjadi' semuanya :)

mummydearie, hahahaha x tahan ai baca komen u ;p

Jari Manis said...

statement Zumal tu kelakar...kalau kucing jgn kata 17 edkor..kalau 2 ekor pun dh tak terjaga...kalau nak 17 org..in sha Allah boleh bersabar lagi dgn kerenah mereka tapi mmg besar pengorbanan tu