Feb 14, 2015

Surat Kasih Sayang


Siapa yang tulis surat? Nurhan Zarif. Untuk siapa? Saya, maknya :)

Apa kes? Kurang kasih sayang. haha

Lagi? Nak perhatian. hehe

Kenapa? Maknya khusyuk mengadap pc. Anak suruh layan, maknya 'bolayan'.

Akhirnya, dapat surat kasih sayang. 



Ok. Tulisan doktor ;p

Ayat yang dimaksudkan sebenarnya ialah, 
" Mak tengah buat apa? Mak boleh bagi adik quiz?"

Hmmm. Beberapa minit sebelum itu, dia sibuk minta saya beri dia soalan teka teki.
Saya sibuk nak siapkan entri blog, kemahiran multitasking ku terhad.
Taip entri. Fikir soalan teka teki. Gagal.

Dapat surat. Terpaksalah saya mengalah.
Ok jom buat soalan matematik. hahaha



Cukup tiga mukasurat, ada orang tu sudah ngantuk.

"Ma ni asyik amik gambar je!" katanya.

Kesian adik jadi 'bahan'. hehe

Sekian.

Happiness is...spending time with your children.

14 comments:

Aisy Nasiha said...

Haha.. comelnya kandungan surat Zarif ni.. tersentuh rasanya. Nak imbangi tanngungjawab dan minat ni ada masanya payah kan? Saya pun pernah kena.. naim tegur, mama asyik tengok tu je, abis siapa nak jaga kitaornag? Tersentak pula.. itu yang sekarang memang kurangkan berblog ditambah kerja sekolah pun memang tak bagi masa rehat lama2.. apapun kena bersederhana kan.. anak ni amanah kepada kita. Saya sedang cuba nak baiki kekurangan diri..

Puan Kutu said...

Memang come zarif ni tau.bila anak peelu perhatia memagkena bagi tumpuan.nanti kurang kasih sayang..hiks

akubiomed said...

So sweet. Lepas ini hantar ibu mesej WhatsApp pula. :)

syida said...

AN, betul2...sesibuk mana pun kita..anak2 kna bg layanan no 1 huhu (sama2 kita baiki mana yg kurang & beri yg terbaik insyaAllah)

syida said...

PK, letih mak nak layan dak zarif ni tau..haha. apapun, semua perlakuan2 dia ni menunjukkan sel2 otak dia sentiasa berhubung insyaAllah :)

akubiomed, sweettt la sangatt haha..biorla dia bersurat2 dulu buat ms ni, maknya pun suka oldskool hehe

Miss Yana said...

Alaa..kesian dia yer.. Meh aunty bg soklan..hehe

syida said...

miss yana, zarif ni obses dgn teka teki..rajin sangat nak orang main teka teki dengan dia...penat maknya nak mikir soklan hehe

mardiana abu darin said...

Sama lah dengan diana. Masa sibuk menghadap PC...ms tulah si anak datang mintak perhatian....wat to do...off the PC...layan anak sat.

syida said...

hehe mmg gitulah anak2 ni...tapi nak buat mcmna kan, layan ajelah. kesian pulak kalau tak layan..nanti2 dia buat drama, lagi susah hehe

Azizah Green Line said...

bila anak2 da pandai cakap..mmg habislah kalau mama mengahadap lappy je...hehe

Mummydearie said...

Hahaha...bab-bab 'surat layang' ni paling seronok hidup jadi mak tau! Kesian Zharif, minta perhatian lebih ya. Orang nak quiz diberinya latihan Matematik, memanglah kurang kasih sayangnya, Syida. Huhuhu.... Nak gelak tengok surat layang Zharif untuk Mamanya. Saya pun rajin dapat tapi surat permohonan maaf berserta dengan ucapan kasih-sayang melimpah ruah!

syida said...

Azizah GL, salah maknya juga..nak ngadap lappy time anak tgh nak manja2 haha..masalahnya, nak tunggu dorang tido, maknya da lena dulu..habislah bersawang blogku huhu

mummydearie, mmg syiok sbnrnya bila anak2 bagi 'surat lyg' ni hehe
dulu2, kakaknya yg rajin tulis2 surat ni..ni kakak da masuk asrama, adik lak take over ;p

Jari Manis said...

ahahah...ibu sibuk layan blog lah tu

syida said...

jM,maknya tgh usaha nak jd blogger kaya ni hahahaha
apapun,priority mmg kna bg ke anak..hidup kna balance huhuhu