Feb 23, 2015

Seronoknya Mendobi!

Cerita dobi ekspres.

Begini, minggu lepas kami balik ke rumah mak dengan se-beg pakaian kotor kak dina (dari asrama). Beliau pulang ke rumah petang Rabu. Sebelah malamnya, kami sudah memulakan perjalanan. Maka beg itu kami angkut bersama. hehe

Pergi mendobi je pun. Cerita biasa. Tapi ia pengalaman pertama untuk anak-anak. Kalau anda lihat betapa seronok dan terujanya mereka, rasa nak tergelak pun ada. Tapi sebenarnya, saya tumpang suka tengok mereka berebut-rebut nak mencuba proses mendobi satu persatu :)

Pagi Jumaat. Suasana masih lengang sebab ramai yang jalan-jalan bercuti.  Kami? Pagi-pagi dah 'jalan-jalan' ke kedai dobi. hehe


Proses mendobi DIY ni mudah saja.

Langkah 1: Tukar duit syiling (mesin disediakan, jangan risau)
Langkah 2: Beli sabun (juga dari mesin, kalau nak jimat, bawa sabun dari rumah)
Langkah 3: Masukkan baju kotor ke dalam mesin.
Langkah 4: Masukkan sabun dan masukkan duit syiling (mengikut amaun yang dikehendaki) dan tekan butang 'start'.
Langkah 5: Selesai dibasuh, pindahkan pula baju-baju ke dalam dryer.
Langkah 6: Masukkan duit syiling ke dalam dryer. Proses mengering baju bermula.
Langkah 7: Selesai! Jangan lupa keluarkan semua baju dan bawa pulang.



Langkah 1


Langkah 2


Langkah 3

Kami masukkan baju-baju ke dalam dua mesin basuh berasingan. 
Satu untuk baju-baju berwarna gelap. Satu lagi untuk baju-baju berwarna putih/cerah.


Langkah 4

Masukkan pakaian, duit syiling, sabun, tekan pilihan basuhan dan tekan 'start'.



Langkah 5 & 6

Dari mesin basuh, terus ke dryer. Senang. Tak perlu sidai, terus kering. Boleh terus dilipat.


Langkah 7

The End. Baju dah bersih. Jom balik :)

Kos mendobi untuk sabun, dua mesin basuh dan satu pengering; RM16
Masa menunggu: 35 minit untuk basuhan. 35 minit lagi untuk proses mengering.

Kami habiskan waktu menunggu di kedai makan. Sambil mendobi, sambil sarapan pagi. hehe


Untuk yang bujang, masih belajar atau mempunyai saiz keluarga yang kecil, memang lebih mudah dan berbaloi mendobi secara DIY ni. Jimat masa dan tenaga. Ia sesuai juga untuk kami yang sedang bermusafir dan perlu siap mendobi dengan kadar segera.

"Ma, best-nyaaa! Lepas ni setiap kali balik rumah maktok, kita pergi dobi eh.." skrip Zarif.

Saya senyum, tak terkata haha. Betapa naifnya anak-anak, mendobi aje pun seronok ^^

Anda bagaimana? Pernah cuba dobi ekspres?

Happiness is..appreciating the little things in life. 



Salam mesra :)


15 comments:

Puan Kutu said...

kami tak pernah mendobi dekat DIY..dobi biasa pun tak pernah pegi hantar..pengalaman pertama,best belaka!

nurbijen said...

Saya pun belum ada pengalaman guna dobi ekspress...
Tapi mmg best guna dryer.... Boleh terus lipat kain lepas mesin stop :)

Nurul Shahira said...

Pernah dobi express masa duduk asrama dulu je. Itu pun tak lah express sangat. Hihi. ^^

Fiza Rahman said...

Tak pernah try lagi mesi dobi ni. Teringin jugak ☺

Jari Manis said...

tak pernah cuba sbb nak mendori beriya pun baju x byk..maklumlah org bujang..tapi best gak pegi mendobi ni kan..balik umah boleh lipat je terus..kalau lah ada mesin lipat kain kan best

syida said...

PK/nurbijen/N Shahira/Fiza/JM,

Terima kasih semua krn sudi berkongsi komen :)

JM, kalo orang bujang..kumpul baju seminggu dua, baru berbaloi ke kedai dobi DIY ni hehe
kalo rumah dekat2, leh akak amik upah lipat kain haha i suka lipat kain ;p

nurbijen, mmg best kalo ada dryer...takyah tunggu lama2 utk baju kering..tapi tulah, hrga dryer mahal..nnti kos letrik lagii..sidai kat luar bwh cahaya matahari jelah yg plg afdhal nampaknya :)

PK, sekali dua mencuba depa seronok lah...kalo pgi selalu, tak jakun dah kot haha

hainom OKje said...

Sama le kita Syida....hari tu pun OKje mendobi jugak. Masa tak de air hari tu...

Memang senang sangat dan murah. 10 x lebih bagus dpd hantar dobi biasa tu kan...

syida said...

hainom, betul3 :)

Linda said...

budak2 memang suka new experince kan....betul tu happiness is appreciating even little things

syida said...

betul tu linda..seronok jd budak2, "dont worry, be happy" sokmo :p

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Samalah anak-anak kecik saya, bila saya start nak mendobi, mereka pun berebut2 nak masukkkan kain dalam washing machine.

syida said...

hehe tgk dorg berebut2 nak buat tu yg priceless :)

Mummydearie said...

Belum pernah lagi cuba dobi ekpres ni. Tapi lama juga masa menunggu ya! Setakat ni dobi mendobi, lipat melipat baju ni saya takda masalah tapi manalah tahu kotnya cuaca panas ni, empangan kering lagi maka air pili takda lagi. Haruslah nak ada pengalaman mendobi di kedai dobi juga ^_^

shogun_na said...

Igt lg, last trip ke JB,perasan ada 1 kedai dobi sebaris dgn restoran Pak Lang kan? Teringin juga nak cuba self service dobi ni tp kalau berholiday ok la kot...

syida said...

MD, sy pun kalo kat rumah sndiri, mmg mendobi DIY..time bermusafir ke rumah mak ni haa, terpaksalah i berdobi ekspress sbb nak cepat ;p

ina, ya betol, mmg ada kdai dobi ekspres selang dua tiga pintu dari harom kasturi. kdai dobi yg tak ekspres ada gak,betul2 sebelah restoren..agak2 nak cepat & malas mendobi, harusslah ke dobi ekspres! hehe