Mar 10, 2015

Berdebar-debar



Berdebar-debar? Haa...ceritanya begini;

Lebih kurang seminggu yang lepas, ada pemeriksaan gigi di sekolah Abil.  Saya diberitahu oleh cikgunya yang beliau dikehendaki ke klinik kesihatan gigi dalam masa terdekat sebab giginya perlu rawatan segera.  Kemudian, cikgu serahkan surat rujukan (yang diberikan oleh jururawat pergigian yang membuat pemeriksaan) untuk saya bawa ke klinik itu nanti.

Pagi tadi, saya ke pejabat sekolah Abil, untuk meminta surat sekolah. Dengan surat sekolah ini, sebarang rawatan di klinik atau hospital kerajaan, insyaAllah percuma. Kalau ikut perancangan, kami akan bawa Abil ke klinik gigi khamis ini. Ya, lusa!

Ok, 'seriau'. Kenapa? sebab...

Nurhan Nabil ni 'spesis' yang susah jumpa doktor. Makan ubat takde masalah. Tapi kalau bab nak diperiksa oleh doktor, terutamanya bahagian mulut, memang mencabar. #autisme

Kali terakhir beliau ke dentist dan dicabut giginya, sekitar 2011. Itu pun terpaksa di'bius pengsan' huhu. Kosnya mencecah empat angka! sebab prosedur cabut gigi Abil ni dibuat di hospital swasta. Kami cuba juga ke hospital kerajaan, tapi waiting list sangat panjang untuk kes-kes yang memerlukan kemudahan GA atau 'bius pengsan' ni. Oleh kerana keadaan gigi Abil dah agak kritikal masa tu, terpaksalah juga korbankan 'poket'. (Baca: Bila Abil ke Dentist (episod 2))

Masuk tahun 2015, bermakna dah empat tahun Abil tak buat rawatan gigi. Bukan tak nak bawa, tapi sebab kami dah faham sangat karenahnya setiap kali ke dentist. Disuruh duduk di dental chair tu pun dia tak nak, walaupun dipaksa. Bagaimanapun, dalam tempoh empat tahun ni, ada juga Abil ikut ke dentist bila saya bawak kak Dina dan Zarif untuk rawatan gigi. Saja nak bagi exposure pada Abil, tapi fobianya masih ada. (Baca: Ke Dentist Lagi )

Di sekolah, lain pulak ceritanya.  Kata cikgu, setiap kali ada pemeriksaan gigi di sekolah, Abil tak ada masalah untuk diperiksa giginya. Mungkin sebab di sekolah, ramai lagi rakan-rakan lain sama-sama diperiksa (mengikut giliran). Bila tengok kawan-kawan ok, dia pun ok juga (agaknya lah).

Setakat ni, yang saya tahu, di sekolahnya, setiap tahun ada pemeriksaan gigi. Tapi, tahun ini baru pertama kali Abil diberikan surat rujukan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kalau ke klinik kesihatan gigi ni, sah-sah lah tak ada kemudahan 'bius pengsan'. hoho

Seriau? Confirm!



gambar google

Saya sangat sangat berharap semuanya berjalan lancar Khamis ni. Jadi tak perlulah kami korbankan 'poket' sekali lagi untuk merawat atau mencabut gigi Abil. Kos rawatan di klinik kesihatan gigi (kerajaan) memang 'mesra pengguna'. Mudah-mudahan servis daripada doktor dan jururawat bertugas pun, kategori 'mesra' juga. Kuranglah sikit seriau mak nanti..haihh.

Nak pergi dentist, macam nak pergi berperang ;p

Rabbi Yassir wala tua'ssir...amiin!

Life is short. Smile while you still have teeth :)

12 comments:

Nurul Shahira said...

Sha pun seriau nak pegi jumpa dentist. Last jumpa masa belajar, 4 tahun dulu.
Aik, sama pulak tahun tak pegi dentist dengan Abil ye^^

Dan semoga semua urusan berjalan lancar ye kak hari khamis ni. Semoga dipermudahkan semuanya :)

Aisy Nasiha said...

Moga kali ni Abil bekerjasama ya. Moga dimudahkan apa sahaja yang bakal berlaku.. Risau juga ya kalau jadi lagi macam dulu tu.

Puan Kutu said...

semoga dipermudahkan..harap abil ok je..dpt rasakan macam mana nervouesnya tu..

nurbijen said...

Insya Allah, semoga dipermudahkan...

Saya dah baca "Bila Abil ke Dentist episod 2" tu.
Rasa mcm prosedur yang hampir sama kami lalui masa Irfan cabut 12 batang gigi...

Cuma yg berbeza, kami tak perlu bayar walau satu penny... Tapi anak punya pasal, rabak pun rabak lah kan? huhuhu

Dunia Zumal said...

Mahalnya kos rawatan gigi Abil tu yer...

syida said...

tq Sha/Aisy N/PK; nnti da selesai semua, sy update :)

nurbijen, untungglah kalo x keluar duit sesen pun..tp mmg betul, rabak pun rabaklah..demi anak..

DZ, ubat biusnya yg mahal, kalo ke hosp kjaan, boleh guna kad oku nya utk rawatan percuma.kalo hosp swasta, mmg kna bayorlah huhu.

hainom OKje said...

Haha...suka quote bawah sekali tu Syida ....
Abil ni boleh cakap tak Syida. OKje ada sorang cucu sedara autisme....tp mungkin stage lain kot, dia tak bokeh cakap ....rasanya dah umur 10 tahun kot....
Apa pun mereka tetap kurniaan Ilahi yg istimewakan...

syida said...

hainom okje, abil bole berckp sikit2..dlm 3-4patah gitu..tp berbual belum lagi..nak apa2, dia bole request :)
betul tu, autisme ni ada spektrum.lain budak, lain spektrum/stage nya..betul3,anak2 autisme ni mmg special :)

Jari Manis said...

nampaknya kak Syida perlu byk bersabar lah ye

shogun_na said...

Lps kjadian dipengsan sbntr dn beberapa exposure utk familiarknndri tdk bjaya...ammar xpnh dah ke dentist...stkt ni...gigi2 susu yg longgar dia yg cabut sendiri...lama sgt tgk dia xde gigi..now dh pnuh giginya...hrp2 dia ok sekiranya kna jupe dentist sekali lg.

syida said...

JM, mmg pun...kna terus usaha & banyakkan doa..

ina, insyaAllah..mudah2an dipermudahkan ..

Mummydearie said...

Bukan Abil je, kalau saya pun rasanya kalau boleh nak minta 'bius sampai pengsan'. Tapi bila mengenangkan bayaran sampai 4 angka, terus tak jadi pengsan. Kurelai jugalah dentist nak check gigi bagai janji poket tak bolos. Hehehe...

Ini macam cerita serius, gigil nak bawa anak pi jumpa dentist tapi entah kenapa saya dok nak gelak pulak. Melampaulah minah sorang nikan, Syida *_*