Mar 6, 2015

"Gigih"

Dua hari 'cuti' blogging. Not good

Kalau ikut target peribadi, nak buat sekurang-kurangnya 40 entri sebulan. Bermakna, hari-hari kena taip lebih dari satu entri. Tapi setakat ni, rekod terbaik pun satu entri sehari. haihh~

So, apa cerita?

Semalam.  Mode hari Khamis; tak berapa rajin nak memasak bekal anak. Maka seawal jam 6.30 pagi, dalam perjalanan ke sekolah anak-anak, saya singgah di gerai tepi jalan (saya biasa membeli di sini, tapi jarang datang awal pagi).

"Adik nak karipap kentang.." zarif bersuara sebelum saya keluar dari kereta.
"Ok..."

Saya pun terus bergegas ke gerai tersebut. Meja jualannya belum penuh. Saya pun pilih apa yang patut. Toleh kiri, kanan, tak nampak pulak karipap kentang, yang ada semua karipap sardin. Hmm..

"Karipap kentang tak ada ke bang?" saya tanya abang gerai.

"Ada..belum sampai..." Tak sampai seminit, "Hah, tu karipap kentang dah sampai!" jawab abang gerai.

Saya pun menoleh ke arah van yang berhenti di tepi gerai. Seorang pakcik, dalam lingkungan umur 70-an, berjalan terbongkok-bongkok sambil mengangkat dua bakul karipap kentang di tangannya. Abang gerai bergegas ke van tersebut untuk menolong beliau.

Sebaik saja pakcik tersebut meletakkan karipap kentangnya di atas meja, dengan cepatnya, saya terus ambil beberapa ketul. Mungkin nampak 'gelojoh' di situ, sebenarnya saya nak cepat-cepat beredar, nak hantar anak sekolah. (alasan hehe)


Sebenarnya, saya terkejut bila melihat seorang pakcik tua yang keluar dari van, menghantar karipap. Sebelum ini, saya biasa juga terserempak dengan pembuat kuih yang menghantar hasil jualan mereka ke gerai tersebut. Tapi kebanyakannya muda-muda dan 'tegap' lagi. Kali ni, lain pulak ceritanya. Hanya satu perkataan saja yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu, "Gigih."

Kalau diperhatikan, saya sebenarnya dikelilingi oleh beberapa orang lagi warga emas yang masih gigih bekerja walaupun umur dah lanjut dan kudrat dah semakin tak ada. Gigih.



------------------------------------------------------

Hari ini, bila baca 'paper', jumpa lagi satu contoh manusia gigih. Seorang ibu tunggal, jaga TIGA orang anak autisme. Anak autisme saya yang seorang ni pun, bukan sedikit cabaran dan ujiannya. Inikan pulak tiga orang. Saya bertuah, ada sokongan suami. Puan Nor Zelawati membesarkan anak-anak istimewanya seorang diri. Ibu tunggal. Fuhh. (sumber: Harian Metro, 6/3/15)





-----------------------------------------------------------

Dua hari tanpa entri di blog, antara sebabnya ialah saya rasa 'kusut'. Kusut al-serabut. huhu

Baru kena uji sikit dah 'kusut'. Memang kelemahan saya, jenis susah nak sabar. Dah la tak sabar, banyak sangat fikir. Benda kecik tapi risaunya macam masalah negara. haha

Hidup ni kena banyak sabar. Kena GIGIH. (peringatan untuk diri sendiri) 


imej google

Bercakap pasal 'kusut al-serabut', saya terjumpa info di facebook. Katanya, aktiviti mewarna bukan saja bagus untuk kanak-kanak, tapi ia terbukti boleh mengurangkan tahap stres di kalangan orang dewasa juga. alkisah..haha

Baca: Colouring isn't just for kids. It can actually help adults combat stress.

Berita baik sebenarnya untuk saya. Sebab saya, suka mewarna haha. Kalau anak-anak ada kerja sekolah yang melibatkan aktiviti 'kaler mengaler', memang dengan senang hatinya saya join sekali. hehe

Err, ada geng suka 'kaler mengaler' (macam saya) tak kat sini? ;p

'Kusut al-serabut?' Nampaknya saya kena google colouring sheets dan pinjam pensel warna anak-anak kejap. hehe (Jom Mewarna)

Jangan lupa word-of-the-day untuk hari ini. G.i.g.i.h :)

Have Patience. All things are difficult, before they become easy. (Saadi)


16 comments:

Puan Kutu said...

amboi dua hari cuti menaip sekali keluar panjang juga entrynya..gigih plus kesian jugak kan,dh pangkat atuk2 kita tapi masih membanting tulang bekerja.

sy tak minat mewarna.lukis tu bolehlah minat juga.bila mula mewarna, jahanam terus lukisan sy.tp melukis pun kira pengubat stress juga kan.hehe..

Mummydearie said...

Saya tak suka melukis dan tak pandai tapi saya suka mewarna. Colouring books si Adik Cute, saya yang tolong warnakan! Manalah anak nak belajar macam gini. Keh3x.

Kusut pasal apa pulak ni Syida? Katanya tengah happy looking forward nak bercuti tak lama lagi. Kadang-kala memang betul. Kalau kita ni jenis pemikir sesangat, sebesar kuman punya masalah pun macam siksa sangat nak cari jalan penyelesaian tau!

Nooriah Abdullah said...

kaknoor pun nak bercuti jugak tak lama lagi besttt mengira hari dah ni heee,
kaknoor suka lukis tapi tak suka kaler maler ni banyak orang banyak ragam kan ayoyo...

syida said...

PK, ini namanya dua hari punya idea...kumpul sikit2, peramm...lalu terhasil lah entri yg panjang di hari ke3 haha

mmg kesian pun bila tgk 'atuk2' msh gigih bekerja..apapun, kegigihan dorang tu mmg patut kita yg 'muda2' ni jadikan contoh huhu..

sy suka melukis tp rasa mcm xde bakat, so sy lepaskan stres kat mengaler2 hehe

syida said...

MD, kalo dekat2 leh kita kaler mengaler together gether hahaha (smbil membygkan mak2 berjimba mewarna dgn anak2 ;p)

dalam hati ni mmg x sabo dah nak gi coti2, tp ada 'sesuatu' yg buat jd kusut tu.masalah kecik je pun, sy yg emosi lebih.adehh

syida said...

k noor, sy nak ikuttt k noor! x aci tau, k noor jalan2 obersi gituu, sy coti2 msia jek (alhamdulillah, kna bersyukur jugakk hehe)

Pandai melukis lg best dari pandai mengaler kak...untungglah kalo pandai melukis :)

nurbijen said...

Kita ni cuma manusia biasa.
Mood turun naik tu adalah normal.
Tapi part mewarna tu saya sgt setuju...
Bila idea tak datang2 (masa menulis) atau tgh "kusut", saya suka melakar sesuatu dan lepas tu warnakan.
Kadang2 lukisan anak2 pun saya rembat utk warnakan.
Yeah, it is sort of stress reliever :)

syida said...

nurbijen, wahh bagus tips tu..sy pun nak try lah ;)

Nurul Shahira said...

Allah, kesiannya pakcik tu, dah lanjut usia masih bekerja. Sememangnya sikap gigih tu sangat kuat untuk cari rezeki. Sedihnya ramai golongan muda sekarang nak yg senang2 aje. Aduhai.

Sha kalau stress tengok Running Man aje. Dah habis gelak, insha Allah ok :)

syida said...

Sha, running man tu favourite anak2, beria2 tgk smbil gelak hehe

Dunia Zumal said...

Kesian gak kat pak cik yang jual kuih tu... Dalam umur beliau mungkin patut berehat kan.... Moga usaha mencari rezeki pak cik tu terus dipermudahkan...

syida said...

betul tu DZ..tp kan, sesetgh warga emas ni, bekerja sbb kepuasan, mmg jnis x reti duduk diam.kita yg tgk yg rasa kesian. apa pun, amiin..(utk doa DZ tu).

imm hassan said...

salam kenal..singgah blogwalking kat sini..

gigih pakcik karipap itu.semoga Allah murahkan rezekinya ☺

syida said...

imm h, salam kenal :)

insyaAllah, mudah2an..

hainom OKje said...

Kadang tu bila memandang pada org yg jauh lebih susah rasa syukur pada diri sendirikan Syida. Sama jer kita ni Syida, ada masa kurang sabarnya....lebih lagi nengenangkan anak yg belajar tak serious huhu...Stress mak hihi

Dulu masa sekolah sukalah gak kaler mengaler ni ....dah tua tua gini aoa pun maleh hihi

Jari Manis said...

sehari 1 entri? waduhhh..JM mmg x mampu...mmg salute sgt pada kak Syida tau...