Mar 3, 2015

Jaga Makan, Jaga Kesihatan

Selamat hari Selasa.

Mode sibuk. Ada sikit ruang, kita blogging sekejap :)

Pagi ni, tak sempat beli 'paper'. Sekadar menjengah akhbar online. Terbaca berita tentang bayi perempuan (di India) yang baru berusia 10 bulan tapi beratnya sudah mencecah 18kilogram. Allahu..

Perbandingan dengan anak-anak saya; Kak Dina (13++ tahun) sekitar 40kg. Nurhan Nabil (12 tahun) beratnya 25kg. Nurhan Zarif (8++ tahun) seberat 21kg.

Berat Aliya menyamai kanak-kanak berusia 6-7 tahun.

Katanya, setiap dua minggu, ibu bapa Aliya terpaksa membeli pakaian baru untuknya. Menurut bapanya, berat Aliya semakin bertambah kerana ketagih makan kari bersama nasi. Tambahnya lagi, saiz hidangan untuk Aliya menyamai hidangan orang dewasa, iaitu sepinggan nasi dan dua keping capati.

imej: mstar

Saya doakan Aliya dan kedua ibu bapanya dipermudahkan semua urusan. Harap ada pihak yang membantu mereka untuk mengawal berat badan Aliya demi kesihatan bayi ini. Semoga terhindar dari sebarang penyakit. Amiin

Baca berita penuh di sini: Bayi Paling Gemuk Ketagih Kari, Nasi, Capati


Allah berfirman: "Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas." (surah al-A'raf: 31)

Jom kawal pemakanan, 
untuk diri sendiri dan ahli keluarga tersayang :)


 

15 comments:

Hayati Sulaiman said...

Kak syida...kesiannya baby ni...umur 10 bulan tp dia makan lagi byk dari saya..huhuu

Dunia Zumal said...

zumal dulu masa kecil pun sangat berisi sampai orang gelar ketupat tau ^-^

Nurul Shahira said...

Kesian sebenarnya dengan baby tu. Baru 10 bulan dah makan macam org dewasa. Baby kan sistem & organ dalam badan x sama dengan orang dewasa. Huhu. Doa-doalah semoga ada pihak yg tampil membantu.

Jari Manis said...

kasihan..bukna apa..risau mcm2 penyakit hinggap nanti

syida said...

DZ, ketupat ye? hehehe mesti comel gebus dolu2 kan? ;p

yati/N Shahira/JM, mmg kesian kat bby ni...kna buat sesuatu tu, kalo berterusan macam tu, boleh menjejaskan kesihatan dia..tahap obese dah tu..huhu

Puan Kutu said...

kesiannya,Cara makan dia ke atau dia ni sakit faktor penyebab.klu Cara makan mmg parents kena ambik tindakan..kesian dekat baby ni..

anak sy aiman pun ada masalah Berat badan.dia mmg overweight.sy takdelah pantau betul2 gaya pemakanan dia.tp control juga.asalkan dia aktif dan sihat Alhamdulillah..sbb masa kecik dia mmg Jenis tak makan langsung..asyik muntah je.risau betul masa tu..ni dia dah selera makan biar la.huhu..

JunAina said...

Sebagai ibubapa sepatutnya kita kawal dari awal lagi tapi itulah mungkin ada jenis2 penyakit yang buat perutnya cepat lapar.

syida said...

PK, betul3..kna pastikan anak2 (terutamanya yg berselera makan) sentiasa aktif.sekurang2nya terbakar juga lelemaks degil dan boleh elakkan dari penyakit kronik, insyaAllah..

JunAina, mmg mencegah lebih baik daripada mengubati..apapun, masih belum terlambat utk baby Aliya ni..kesian kalau dibiarkan berat badannya terus mencanak2 :(

aryan azra said...

kesiannya baby ni,moga dimudahkan urusan mereka

syida said...

aryan a, amiin..amiin..

LydSunshine said...

Ya Allah kesiannya baby ni. 10 bulan dah makan macam org dewasa. Harap2 dpt kembali normal sebelum dpt mcm2 penyakit.

syida said...

LydSunshine, betul3..harap ada pihak yg bantu bby & family ni..sebelum terlambat huhu

Mummydearie said...

Anak saya si Bubbly Abang tu masa kecil pun overweight. Semuanya kerana susu soya yang diambilnya. Memang saya jarang dukung si Abang ni masa kecil. Asal dukung je, memang sakit pinggang lepas tu. Risau juga. Bila tanya doktor katanya umur belum 2 tahun jadi kita tak tahu dia obese ke tidak sebab saiznya yang lebih tinggi berbanding budak sebaya.

syida said...

MD, kekdg saiz tubuh anak ni bergantung pd bnyk faktor..faktor baka pun main peranan juga. mcm anak2 sy, banyak ikut ayahnya, 'petite' bak kata omputih hehe. maybe abang bubbly jnis 'frame' besar. apa pun saiz kita, yg pasti, kita semua kna kawal pemakanan..demi kesihatan, kann?

hainom OKje said...

Yelah kan.....kesian kalau tengok budak gemuk sangat ni. Tengok pipi dia montel sungguh tu