Apr 25, 2016

Cepatlah Sihat!

imej google



Dah hampir dua minggu, 'aura sakit' melanda keluarga saya. Memang ujian. Untuk pengetahuan, kami jarang sakit (Alhamdulillah). Jadi, bila diserang batuk-batuk (yang teruk), sakit tekak dan selsema. Banyak rutin harian yang terbantut.

Rutin homeschool saya dan Abil terjejas. Zarif mc tiga hari. Walaupun masih lemah dan sakit belum hilang, terpaksa juga ke sekolah dengan bekalan ubat.  Bertiga-tiga mereka batuk berjemaah (dengan encik suami) di rumah.

Saya sendiri, masih bertahan walaupun 'angin sakit' dah mula bertiup sepoi-sepoi bahasa kat saya hehe. Siang malam saya berkumur air garam, minum air jus lemon dan makan pil vitamin untuk kekal sihat. Dah macam paranoid. Saya paling jaraaaaang sakit antara semua. Allah tahu maknya kena sihat sebab nak jaga anak-anak dan suami. Mungkin juga kali ini, Allah nak bagi juga sakit sekejap supaya saya tak take for granted nikmat sihat, selain terus berusaha untuk cegah penyakit. Saya harap, kalau saya sakit pun, taklah seteruk mana insyaAllah..

Oh ya, tak lama lagi cuti hari buruh. Long weekend.

Mesti ramai yang nak balik kampung atau bercuti-cuti Malaysia. Kami dok diam kat rumah aje kot. Kalau berjalan pun, mungkin ke kedai buku atau menonton wayang (bergantung pada kesihatan).

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." 
(surah Asyu'ara, ayat 80)

1 comment:

Akina Scarves said...


Salam ziarah
Jemput singgah blog saya
akinascarves.blogspot.my

INSYAALLAH bermanfaat :)