Apr 23, 2016

Kembali?

kredit: google

April 2016. Kembali? Ya, buat masa ni. hehe

Semua misi, visi tahun 2015 tinggal habuk belaka. *tutup muka*

Memang susah betul nak istiqomah. Sesungguhnya saya insan yang sangat sangat sangat lemah. *tutup muka lagi*

Sempena mencari semangat baru, saya tukar imej blog. Hampir-hampir juga nak tekan butang delete blog. Tapi bila diingat-ingat, direnung-renung blog post yang dah mencecah 700++ tu, saya batalkan niat. Tujuh bulan sepi tanpa sebarang entri, saya salahkan line streamyx rumah yang selalu 'ke laut'!

Line internet ibarat nyawa untuk seorang blogger. Line 'ke laut', mood dan idea pun 'ke laut' jugalah jawabnya. Errr....7 bulan takde entri blog baru, blogger ke? haha

ok. proses make over blog belum habis. Fasa 'nak muntah tengok pc' sedang bermula. Jumpa lagi k :)


No comments: