Sep 29, 2015

Jerebu??




Salam Selasa. Masih jerebu lagi ke? Ya kot. Ini gambar-gambar semalam. Teruk, kan? IPU? Entah hehe. Malas nak cek IPU. Kekadang dah terasa 'lemas' dan susah bernafas, tapi bila tengok IPU, taklah tinggi mana. Biar betul.

Apa pun, menjelang petang semalam, lepas ambil anak dari sekolah agama, sengaja saya ajak suami ronda-ronda hingga ke tepi laut. Nak tengok sejauh mana tahap jerebu. Masih boleh nampak Singapore atau tidak....confirm tak nampak! fuhh

Dalam hati, tolonggglah sekolah cuti esok..tolongglaaah. Kalau tak diumumkan cuti, saya dah pasang niat nak 'mencutikan' sendiri anak-anak saya hehe. Jerebu maaa... Tak bagus untuk kesihatan :)

Menjelang maghrib semalam, sah diumumkan cuti untuk sekolah-sekolah di Johor dan Melaka pada hari ini (selasa). Alhamdulillahh...






So. apa aktiviti pada hari Selasa yang masih jerebu ni? Tak tahu lagi. Kami semua baru selesai minum pagi. Dapat cuti sekolah free sempena jerebu memang best. Yang tak best, bila tengok luar, nampak asap tebal dan kabus yang sangat mengganggu dan bikin sesak nafas. haihh..

Cepat-cepatlah jerebu hilang. #hazegoawayplease


Take care
:)



11 comments:

Dunia Zumal said...

Masya Allah nampak teruk betul jerebu tu... Moga cepat pulih kembali...

hainom OKje said...

Memang teruk tu Syida.....kelabu asap jee kita nengoknya. Kalau yg bacaan tak sampai 300 pun cenggitu punya kelabu, kat Indonesia katanya 1000 lebih entah camne agaknya ek....

Hihi.....enjoy jangan tak enjoy dpt cuti free tu

Puan Kutu said...

Memang teruk jerebu smp di istihar cuti..kami kt kedah ok lg jerebi tapi tak berapa teruk la. Tu pun rasa macam sesak nafas juga.cepatlah jerebu berakhir.

syida said...

jerebu masih x hilang lg ni DZ, jgn la terus 'lekat'... seksaaa huhuhu

syida said...

enjoyy cuti dlm rumah je ni hainom...hehehe
betul3. sy pun x trbyg mcmna keadaan kt indon dgn indeks smpai 1000. lemasss huhu

syida said...

PK, dgrnya..belah utara kurang sikit jerebunya.. kami ni dah hari2 tgk cuaca kelabu asap sejak seminggu kebelakangan ni..Allah.. semoga kita semya sentiasa sihat & terhindar dari bahaya jerebu.amiin..

Nurul Shahira said...

Cuti sekolah emmang best, tapi jadi kureng bila jerebu. Huhu. Tak pe lah kan, nampak gayanya duduk rumah jaga kesihatanlah hendaknya =)
Tapi kan, ada kawan kata, bacaan IPU Singapore lagi tinggi dari Malaysia sebab diorang guna different approach untuk ukur IPU. Dan lebih tepat katanya. Allahulam tak tau lah betul ke tidak.

Mummydearie said...

Mujurlah jerebu dah menghilangkan diri sekarang ni. Harapnya toksah datang lagi. Buat tension akal fikiran aje.

Zie Azi said...

budak cuti sek sbb jerebu, ada yg terpksa bwk ank ke tmpt keje..sy la tu orgnya.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Mummydearie said...

Salam Syida ^_^

Hari ni sepatutnya dah sekolahkan tapi saya sebagai pengetua sekolah tak bertauliah, telah mencutikan anak bujang saya. Takpalah dia pun dah habis exam. Datang sekolah sedut jerebu aje pun nak buat apa. Hehehe...

Minggu ni kat KL pun teruk betul jerebunya. Saya sendiri dah sakit tekak dan batuk-batuk dah ni!