Sep 11, 2015

Dulu vs Sekarang


Saya baru selesai membantu Nurhan Zarif mencari gambar-gambar peralatan eletrik di dapur untuk tugasan subjek English-nya. Hanya lebih kurang 10-15 minit. Google image - copy- paste - print. Siap!

Teringat zaman saya kecik-kecik dulu, komputer memang dah wujud, tapi tak semua orang ada komputer dan printer. Kalau cikgu suruh cari gambar, memang kalutlah selak suratkhabar dan majalah-majalah lama, kemudian digunting satu persatu. Kadang-kadang, buku pun jadi mangsa. hehe

Itu dulu. Sekarang lain.

Saja nak mengomel, sementara mood blogging tengah 'on' dan alang-alang dah mengadap komputer selepas selesai sesi 'meng-google image' ;p

Salam Jumaat. Jom al-Kahfi :)


kredit: google


16 comments:

Aisy Nasiha said...

Kerja sekolah anak pun dah makin canggiu kan.. pelbagai cikgu mintaknya..

Canggih semuanya sekarang ni kan.. jadi antara nak dan tak nak je kan.. kalau nak buat, memang mudah je nk siapkan sesuatu...

Nurul Shahira said...

Salam Jumaat Kak Syida =). Lama tak singgah sini..

syida said...

Salam Sha, kita baru nak bersihkan habuk2, sawang2 ni haaa...hehehehe..
ntah smpai bila la pulak mode update blogging ni bertahan :p

syida said...

AN, itu la...zmn skrang da makin canggih..semuanya di hujung jariiii...xde alasan xleh siapkan homework hehe

tiga lalat said...

salam jumat, semua dihujung jari mak kann ;p

syida said...

TL, hehehe tau xpe ;p

Maya Amir said...

aku baru laaa mula nak memblog semula..hahaha...

Nurul Shahira said...

Tugasan student sekolah sekarang pun agak dahsat. Dulu-dulu Sha kerja rumah paling hebat pun, gunting surat khabar. Tak pun majalah. =)

syida said...

Mayaaaa, welcome back!

Sha, mmg agak dasat tugasan bebudak sekarang...berpeluh makk hehe

Puan Kutu said...

Memang la dulu dah sekarang byk berubah..budak sekarang sekolah rendah pun cikgu dah mintak macam2..it semua dihujung jari

Mummydearie said...

Memang jauhkan bezanya dulu dan sekarang. Kalau dulu memang terkial-kiallah kita ni mencari majalah, suratkhabar dan buku lama nak potong gambar. Sekarang ni google aje melambak gambar keluar. Pilih mana nak :)

syida said...

PK & MD, untunglaaahhhh ada google hehe

Dunia Zumal said...

Kalau zumal dedulu habis majalah jadi mangsa...

hainom OKje said...

Betul betul Syida.....senangnya zaman sekarang ni ek, semuanya dihujung jari kita.

syida said...

sama le kita hehehe

syida said...

tau xpe ;p