Sep 9, 2015

JB-KL-Ipoh



Weekend getaway.

Ke mana? Ipoh!

Minggu lepas, suami ada reunion di sekolahnya, beliau bertolak awal sehari dari kami. Saya dan anak-anak, naik tren ETS ke Ipoh. Selain saya, Zarif dan Abil (kak Dina tak ikut, tinggal di asrama), kami naik tren bersama-sama seorang anak buah saya, Maryam dan mak ayah saya. Lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan dari KL-Ipoh. Tren yang selesa, agak sejuk, ada TV walaupun nun jauh di hujung.

Kami beli tiket tren ETS secara online. Untuk perjalanan sehala, harga tiket untuk dewasa RM33, kanak-kanak RM22. Sepatutnya saya boleh beli tiket pada harga diskaun untuk Abil (pemegang kad oku) dan mak ayah saya (warga emas). Bagaimanapun, untuk belian secara online, saya tidak nampak sebarang cara untuk kami mendapatkan diskaun ini. Mungkin hanya untuk belian tiket di kaunter :(






Di Ipoh, kami bermalam di Hotel Impiana. Tempahan dibuat melalui booking.com. Rate yang berpatutan, saiz bilik pun ok. Tak ada swimming pool, bath tub aje yang ada. hehe

Oleh kerana objektif ke Ipoh hanya untuk merasai pengalaman menaiki tren ETS. So kami memang lebih banyak berehat-rehat di hotel, selain singgah ke Mydin Manjoi. Tiada sesi jalan-jalan cari makan ya tuan-tuan puan-puan. haha



Selepas check-out dari hotel, kami singgah ke Kellie's Castle. Untuk pengetahuan anda, saya memang dah lama teringin nak ke sini, siap masuk wishlist hehe. Oh ya, baca tentang sejarah Kellie's Castle di SINI.



Bak kata Maryam (budak comel berbaju pink tu), "This castle has no princess!" haha

Ya, ia hanya sebuah bangunan tinggal yang usang dan penuh misteri. Mistik? Yang itu anda kena jawab sendiri. Kami pergi waktu tengahari buta, memang tak sempat nak 'fefeeling' mistik. hehe

Kalau diperhatikan pada deskripsi yang ditampal pada dinding-hampir setiap ruang dan bilik di sini, memang akan ada perkataan 'roh', 'jelmaan', 'suara-suara' dan pelbagai lagi cerita. Kisah benarkah? Wallahua'lam.

Harga tiket masuk; dewasa RM5, kanak-kanak (3-12 thn) RM3, warga emas RM4, percuma untuk oku.






ETS ke Ipoh. Checked!
Kellie's Castle. Checked!

Lepas ni, kita ber-ETS ke Padang Besar pula insyaAllah.. 

Senyum.



12 comments:

Puan Kutu said...

Seronoknya dh merasa naik ets..camni nk ajak en suami gak la...p padang besar boleh shopping.hihi

Kellies castle mmg penuh misteri..kecik2 dulu mmg takut bila baca byk kisah mistik tentang istana ni

syida said...

PK, jom jom ets...ke padang besar! ;p

Aisy Nasiha said...

Wah.. teruja saya baca pasal ets ni.. baru je jiran2 saya bg cadangan rombongan mak kiah ke padang besar naik ets.. macam menarik kan?

Seronokla korang ke ipoh naik ets.. sempat lawat banyak tempat kat ipoh pulak tu..

syida said...

AN,

anak2 saya mmg enjoy naik tren. masa kereta kami accident, berbulan2 masuk bengkel dulu..mmg banyak kali juga berulang alik KL-JB, KL-Pdg Besar dengan tren..tpi masa tu ETS ke pdg besar blom ada. ini first time kami naik ETS ke ipoh..laju la sikit daripada keretapi biasa tu..x sempat nak boring2. hehe

kami tak jalan sangat pun kat ipoh..sebelum balik, singgah istana pakcik kelly ni je ;p

Nurul Shahira said...

Banyak cerita dalam internet kata Kellie's Castle berhantu. Tak tahu lah kebenarannya. Hehe. Tapi kan, sekarang rasanya ramai manusia lagi hantu dari hantu. Tu yang hantu sebenar takut nak keluar, hehe =D

syida said...

betul tu sha..akak pun bnyk gak dgr kisah2 kellie's castle ni..kalo tgk rupanya, mmg ada tokoh tmpt tu jd tmpt jin bertendang hehe ..tp masa kitorg pgi tu, x pikir apa pun hal mistik2 ni..saja nak menengok kesan2 sejarah(cewah!) smbil makan angin hehe

tiga lalat said...

wahh naik keretapi jalan jalan tuuu., ehehe2 sonoknyer

shogun_na said...

Akak!!! Rindunya...

Seronoknya berETS. Sy sepatutnya berETS ari Jumaat, nk g convo Luqman sabtu ni...tetapi malangnya, tiket utk kembali pulang ke KL tiada....licin di jual...sedih betul...

Kalau tidak, merasa juga la pengalaman menaiki ETS.

Mummydearie said...

Oh, dah naik ETS rupanya dia.... Kita ni baru aje berangan-angan nak pi makan nasi ganja ke apanya kat Ipoh tu sambil menikmati udara dalam ETS katanya :)

Kellie Castle tu saya pun nak pergi tau tapi dek kerana keseraman cerita yang berleluasa, saya risau pulak nak bawa anak-anak. Saya takpalah, hantu tak takut dah dengan saya ni ^_^

syida said...

TL--> idokle seronok sangat..biasa2 jek ;p

shogun na--> ina, tiket kena beli awal2 dik..mmg cepat habiss huhu

MD-->haaa...jgn lengah2, pi la beli tiket ETS cecepat, nasi ganja dah menunggu tu hehe

hantu kellie's castle baik2 belaka...insyaAllah x kaco orang hehehe lgpun, manusia zman skrang, perangai dah lagi canggih dari hantu, depa plak yg takut ngan kita ;p

hainom OKje said...

Okje tak pernah sampai sini lagi Syida.....walaupun boleh kata kerap jugak lalu sini kalau htr anak sulung tu. Pandang dari jauh je hihi....

Nantilah.....satu hari nak gak singgah.
Teringin gak nak try ETS ni....best tak? Sure laju ek

Zie Azi said...

Kellies castle mmg penuh misteri, selalu lalu je. takut nak masuk tapi bila bc entry ni kira mcm dh lawati KC ni lah..
#penakut pang kang