Abang di pusat intervensi NASOM
Hari ni, saya nak berkongsi cerita. Dua tiga hari ni, saya bermimpi yang pelik-pelik. Agaknya sebab banyak berfikir atau mungkin juga sebab tidur yang tak begitu lena, asyik terjaga setiap 1-2 jam.
Mimpi pertama. Saya tiba-tiba jadi seorang pemandu bas. Bas besar pulak tu, bukan bas mini. Kemudian, dalam mimpi tu, saya memandu pandu bas dalam sebuah pasar, di celah-celah lorong kecil. ..isk..isk...berhempas pulas tekan minyak, brek dan clutch. Realitinya, saya hanya pandai drive auto. Dalam mimpi, rasa macam tunggang keldai pun ada. Asyik terhenjut-henjut, macam naik kuda kepang pun ye juga....hahaha...terasa 'penat' bila tiba-tiba saya terjaga daripada mimpi.
Mimpi kedua pula sampai mengigau-ngigau dibuatnya. Mujurla anak-anak tidur pengsan semuanya. Terjerit-jerit saya bila disergah dengan seekor tikus besar, lebih kurang sebesar tupai. Takut!
Entah berapa lama saya mengigau sorang-sorang hingga akhirnya saya terbangun dikejutkan suami yang kebetulan baru balik kerja, kira-kira pukul 2.30 pagi. Bila saya buka mata, saya nampak suami tergelak sorang-sorang. Kemudian dia tanya saya, "mimpi apa pulak malam ni?" hehe
Entah berapa lama saya mengigau sorang-sorang hingga akhirnya saya terbangun dikejutkan suami yang kebetulan baru balik kerja, kira-kira pukul 2.30 pagi. Bila saya buka mata, saya nampak suami tergelak sorang-sorang. Kemudian dia tanya saya, "mimpi apa pulak malam ni?" hehe
Hari ini saya ada temujanji dengan Teacher E. Saya nak bincang tentang persekolahan abang tahun depan. Semalam saya borak dengan guru abang semasa di Lumos, Mrs.K. Dah agak lama kami tak berjumpa, walaupun jarak antara rumahnya dan rumah mak saya cuma sekangkang gorilla hehe. Puas berbincang, saya menelefon pula seorang kawan rapat yang juga ada seorang anak istimewa, anaknya tua 2 tahun daripada abang. Beliau mencadangkan sekolah anaknya sekarang.
Kelas pendidikan khas di Malaysia masih agak baru dan sedang diperhalusi perkembangannya semenjak kebelakangan ini. Sebaik sahaja abang disahkan autisme, Teacher A (terapis pertuturan abang) nasihatkan saya supaya segera daftarkan abang di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Katanya, usaha ini penting bukan kerana kita hendak melabel atau merendah-rendahkan golongan-golongan ini, tapi supaya Kerajaan tahu akan jumlah sebenar kumpulan istimewa ni dan seterusnya, berusaha untuk menyediakan prasarana-prasarana yang diperlukan. Salah satu daripadanya ialah kelas atau Sekolah Pendidikan Khas.
Saban tahun, saya lihat makin banyak kelas Pendidikan Khas untuk peringkat menengah dan rendah dibuka. Bilangan guru-gurunya juga mungkin bertambah cuma bilangan guru terlatih masih belum cukup. Guru pakar dalam pendidikan khas juga masih kurang. Pra-sekolah khas(kerajaan) juga boleh dibilang dengan jari sedangkan fasa prasekolah sangat kritikal dalam perkembangan kanak-kanak, khususnya anak-anak istimewa.
Walaupun ada prasekolah yang dibuka oleh pihak swasta dan NGO, golongan-golongan yang berpendapatan rendah masih belum mampu untuk hantar anak-anak mereka ke institusi-institusi ini. Alhamdulillah, bermula bajet tahun 2009 kalau tak silap saya, semua golongan OKU diberi elaun bulanan RM150 (asalnya hanya RM50). Walaupun jumlah ini tak dapat memenuhi keperluan golongan OKU sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat juga ringankan beban kewangan mereka/penjaga mereka. Kalau elaun ni disimpan atau dilaburkan dengan baik, insyAllah masa depan mereka akan lebih terjamin. Bagi anak-anak istimewa, asalkan mereka berdaftar dengan JKM dan memiliki kad OKU, mereka layak menerima elaun sebaik sahaja mereka memasuki sekolah kerajaan.
Bagi saya, kelas Pendidikan Khas yang bagus mempunyai kelas-kelas yang berasingan, ikut kategori "keistimewaan" pelajar-pelajarnya. Keistimewaan di sini merangkumi semua kecacatan fizikal (cacat anggota, masalah pendengaran, bisu, buta, berpenyakit kronik) dan juga masalah pembelajaran (slow learner, sindrom down, celebral palsy atau kecederaan otak, autisme, ADHD atau Attention Deficit, Hyperactive Disorder, ADD atau Attention Deficit Disorder serta Dyslexia).
Pelajar-pelajar istimewa yang mempunyai potensi biasanya akan diberi bimbingan akademik yang lebih, berbanding rakan-rakan istimewa yang lain. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran mengurus diri, kerja-kerja tangan seperti memasak, bercucuk tanam, membuat hasil seni kraf dan sebagainya. Mereka juga digalakkan untuk aktif bersukan dan melibatkan diri dalam pertandingan sukan OKU.
Usaha ini sangat bagus dan perlu dimanfaatkan oleh semua . Bagaimanapun di Malaysia, masih banyak yang perlu ditambah baik dan diperbaiki. Lebih menyedihkan lagi, ada ibubapa yang membiarkan anak mereka tinggal sahaja di rumah tanpa didedahkan kepada aspek-aspek di atas. Ada ibubapa yang lebih suka anak mereka belajar secara 'homeschool'.Saya agak bersetuju dengan konsep 'homeschool' cuma di Malaysia, ia masih satu perkara asing.
Ada juga kes-kes terpencil dan cerita kurang enak tentang kelas pendidikan khas yang saya dengar. Cerita-cerita inilah yang menyebabkan saya agak kusut memikirkan hal persekolahan abang.
Yang saya lihat, kelas Pendidikan Khas yang bagus mempunyai 'Program Transisi', dimana pelajar-pelajar yang berpotensi akan diserapkan dari kelas khas ke kelas aliran perdana secara perlahan-lahan. Contohnya, jika mereka dapati ada anak-anak autisme atau ADHD yang boleh duduk diam dan fokus mengikuti sesi pembelajaran, mereka akan masukkan anak-anak ini untuk 1 atau 2 subjek dahulu di kelas aliran perdana, hingga akhirnya mereka boleh mengikuti kelas aliran perdana sepenuhnya dan mengambil peperiksaan. Laporan akhbar mengenai anak autisme yang mendapat keputusan UPSR yang baik pernah juga saya baca dan lihat.
4 comments:
Salam Syida,
Syukurlah, dengan adanya Blog Syida ini, sekurang-kurangnya ianya dapat berkongsi dengan pembaca di luar sana berkenaan kanak-kanak autisme ini. Makcik pun boleh menimba pengetahuan dari penulisan Syida ni. Yer la, kadang-kadang kita ni terlepas pandang berkenaan dengan isu-isu yang seperti ini. Makcik doakan semoga Allah swt memberi seribu kekuatan kepada Syida untuk terus dan terus berusaha mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup Syida. Sudah tentu lah yang utama tu anak-anak dan keluarga. InsyaAllah
Alhamdulillah..syukur..memang niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ni...Terima kasih kembali atas sokongan & doa Makcik.
akak..lawak la baca part awal entry blog ni...aku tergelak sensorang membayangkan ko menjerit2 sorang2..hahahha...tetiba teringat waktu kecik2 dulu bile tido dengan mak, pastu tersedar tengah malam sebab mak ngigau..kehkeh :P
kehkehkeh...
Post a Comment