Nov 18, 2009

Obsesi


Obsesi si abang.  Sukakan suis. Beliau suka menekan suis-suis di dalam rumah secara berulang-ulang kali. Habis semua suis sitekannya, on-off...on-off...tanpa henti. Bila ditegur, dia akan berhenti sekejap. Selang beberapa minit, sambung lagi.

"Ni sapa yang off-kan fridge ni? "
"Eh,dah berapa lama suis iron ni on? mujur tak terbakar....."
"Abang, jangan tekan main suis, bahayaaaa!"

Begitulah dialog-dialog kami di rumah. Gara-gara kesukaan abang pada suis. Semua suis-suis yang boleh dicapainya (samada dengan berdiri, memanjat atau melompat) akan ditekannya. Agak bahaya. Kami perlu sentiasa pantau keadaan suis-suis dan peralatan elektrik di rumah. Yang paling merisaukan saya, main switch di dalam kotak fius pun berjaya dicapai nya. Tugas memerhatikan abang setiap saat memang mencabar.

Secara amnya, memang setiap kanak-kanak autistik mempunyai kecenderungan luar biasa pada sesuatu objek. Minat luar biasa ini juga sinonim dengan perlakuan 'idiosyncratic behaviour' atau tabiat melakukan perkara yang sama secara berulang-ulang. Yang berbeza di antara setiap kanak-kanak ini ialah kekerapan, tahap kecenderungan, jangkamasa dan jenis perlakuan.

Anak autisme tak begitu berminat atau tak berminat langsung untuk bersosial atau berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka, tetapi lebih berminat pada objek berbanding manusia. Mereka kurang pandai bermain, lebih-lebih lagi permainan secara 'pretend play' seperti main cikgu-cikgu, masak-masak atau tembak-tembak. Apabila anak-anak ini diberikan permainan, biasanya mereka akan memasukkannya ke dalam mulut, atau menyusun toys tersebut secara selari (horizontal) atau memusing-musingkan toys tersebut (spin).

Kanak-kanak ini juga tidak pandai berkongsi minat mereka dengan orang lain. Contohnya, kalau si adik  akan sentiasa memanggil saya apabila keluar iklan atau trailer movie en10 keluar di kaca TV, "Ma !Ma! Ben10 ma....". Kakak pula selalu berkongsi dengan saya apa jua perkara yang diminatinya di dalam suratkhabar,majalah atau TV. "Ma,tengok ni.....ada movie baru, Planet 51!"katanya. Tapi, tidak untuk si abang.


"Life is not THAT serious. 
 Let's take humour more seriously."

3 comments:

keen said...

pergh!...aku jdk pembuka warkah tuk arini ..terharu beb!!! 1 penghormatan :))

FrauMustaffa said...

hoit..kutuk aku!!!but i likeee..hahaha :))

Syahida said...

hahahaha...menjadik lagi 'umpan' aku! ;-P