Nov 6, 2009

Si Burung hantu


Fuhh penatnya hari ni.

Rasa agak letih lepas berbuka tadi. Alhamdulillah, kenyang perut berbuka dengan air tangan suami. Kebetulan hujan sepanjang hari ni .Perjalanan pulang dari ambil abang di sekolah saja dah makan masa 2 jam sebab traffic jam. Perjalanan biasa cuma lebih kurang 20 minit. Entah kenapa hari ni rasa lapar berpuasa agak luar biasa. Kesian abang, terpaksa menahan lapar masa terperangkap atas jalan. Sampai di rumah, terus saja saya suapkan makan . Masa tu jam dah hampir 5 petang. Encik suami pula terus saja siapkan lasagna-nya sebelum bergegas keluar untuk ambil kakak di sekolah lebih kurang pukul 6 tadi.

FYI, semalam, abang bangun tidur seawal jam 3 pagi. Simptom 'burung hantu' hehe. Corak tidur yg tak sekata dan terganggu memang fenomena biasa di kalangan kanak-kanak autistik. Biasanya saya dan suami akan suruh abang tidur semula. Tapi jarang sekali dia lena semula. Biasanya saya dan suami akan 'paksa' juga beliau tidur semula atau sekurang-kurangnya berbaring di atas katil. Tapi, sebaik saja kami terlena, mesti abang sambung balik aktivitinya. Secara purata, abang akan bangun awal pagi sekali atau 2 kali seminggu. Lebih kerap lagi kalau diet-nya tak dijaga, mungkin banyak makan donut, coklat, aiskrim, sosej atau lain-lain makanan segera.

Kes abang mungkin tak begitu kronik. Saya dan encik suami selalu cuba untuk 'mematikan' tabiat abnormal ni. Seboleh mungkin, permintaan untuk main atau pasang lampu bilik kami abaikan. Paling penting, di sebelah siang, kena pastikan abang aktif bermain supaya beliau penat dan tidur dengan baik di sebelah malam.

3 comments:

FrauMustaffa said...

nampaknye ader beberape quote dari makcik Meem...kene charge ni!!hahaha :D
another great entry...tak sabar nak baca sambungannye.. :))

Syahida said...

hahaha...saja buat umpan...kalo tak nanti ko x bc :D

FrauMustaffa said...

huiyy..ader plak kate camtu...takde umpan pon, aku masuk perangkap gak...aku kan peminat no 1 ko..hahahaha :D